Monday 7 July 2014

ZAKAT??

Setiap tahun, atau pun mungkin setiap minggu kita didedahkan dengan ketidakupayaan saudara seagama kita dalam menjalani kehidupan. Melalaui segmen bersamamu setiap minggu, dipaparkan nasib insan yang kurang kemampuan. Dalam berita juga dipaparkan berita yang sama.

Adakah kita benar benar menjalankan tanggung jawab membantu yang memerlukan. Dimana wang zakat yang diagihkan oleh baitulmal? Bagaimana perjalanan pengurusan wang zakat oleh baitulmal? Siapa yang monitor pengagihan ini. Adakah kos pengurusan baitulmal perlu di biayai oleh duit zakat atau ditanggung oleh kerajaan? Jika di biayaai duit zakat hanyalah mungkin bayaran amil. Adakah pemungut zakat boleh menggunakan wang zakat membeli bangunan, kenderaan dan melabur?

Saya bukan agamawan atau ahli politik, hanya rakyat biasa yang menilai dari jauh. Dari berjuta wang zakat tidakkah cukup untuk membantu fakir miskin?

Kejadian terbaru di Melaka, berlaku atas kesempitan hidup. Yang dipaparkan di media mungkin hanya beberapa peratus sahaja. Berapa ramaikah lagi diluar sana.

Instituisi zakat perlu diperkemaskan lagi. Asnaf yang disyariatkan perlu dipenuhi. Orang yang berhutang juga salah satu... dan saya adalah sala seorang darinya... 

No comments:

Post a Comment

The Chosen Path

Dedication This wrinting is dedicated to my family that continuously pray for my well being and success. To my children that understand t...