Monday 5 September 2011

KERJA DAN TANGGUNGJAWAB

Orang yang bekerja sekadar memenuhi tuntutan keadaan yang memerlukan wang untuk memenuhi nafsu (makan, pakai dan segala yang bersifat lahiriah) hanyalah seorang pekerja yang biasa-biasa sahaja. Bekerja tanpa rasa tanggung jawab, tidak berdisiplin, bekerja sambil lewa. Sentiasa mengharapkan apa balasan atas kerja yang sepatutnya dia jalankan. Berbelanja dengan boros. Tidak tahu apa keutamaan dalam melakukan sesuatu perkara.

Orang yang bekerja dengan niat mencari rezeki yang halal bagi menampung keperluan keluarga. Menghargai peluang pekerjaan yang didapati, menjalankan pekerjaan dengan penuh amanah dan dedikasi. Bertanggungjawab dalam melakukan pekerjaan yang diberikan. Berlaku adil kepada majikan dan rakan sekerja. Bersyukur dengan rezeki yang didapati. Berbelanja dengan berhemah. Teliti dalam melakukan sesuatu perkara.

Dua keadaan diatas, adalah selalu dapat kita jumpa atau kita dengar dalam kehidupan kita. Ianya terjadi pada kita sendiri atau pada orang sekeliling kita.Adakah sikap negetif tersebut membuatkan banyak majikan beralih arah kepada pekerja asing?

Kemana perginya sikap bersih cekap dan amanah yang sepatutnya ada dalam setiap diri umat Islam? Adakah ianya sebagai slogan baru yang diperkenalkan oleh perdana menteri yang ke 4 dahulu? Adakah innya hanya merujuk kepada kakitangan awam agar melakukan kerja tanpa rasuah? Sekiranya begitulah anggapan kita semua, silaplah kita semua.

Kita sentiasa meletakkan kesalahan kepada orang lain dan mengharapkan orang lain bekerja dengan lebih baik. Adakah kita bekerja dengan baik? Apakah kita tidak berasa sedikit pun rasa bersalah dan berdosa sekiranya waktu kerja kita, tidak kita gunakan untuk sesuatu yang telah diamanahkan.

Disiplin diri, adalah jendela kita dengan khalayak ramai. Tanpa disiplin umpama bunga tanpa bauan. Tidak seindah yang disangkakan. Biar sebagus mana pun kita, tanpa disiplin diri yang baik, tidak kemanalah kita. Sebagai umat Islam, sepatutnya disiplin adalah uno (satu), kita dilatih berpuasa, sembahyang, tanpa ada yang melihat apa yang kita lakukan. Tetapi dengan keyakinan Allah yang melihat dan menilai kita lakukan dengan penuh tanggungjawab.

Kenapa tidak kita praktikkan apa yang telah Islam ajarkan dalam kehidupan kita, dalam mencari rezeki dalam kehidupan seharian kita. Tidakkah kita yakin bahawa rezeki itu dari Allah? Pekerjaan yang kita lakukan adalah sebagai medium untuk menghasilkan pendapatan kita. Pekerjaan adalah ibadah, kenapa tidak kita lakukan dengan bersungguh sungguh?

The Chosen Path

Dedication This wrinting is dedicated to my family that continuously pray for my well being and success. To my children that understand t...