Sunday 12 August 2012

Dugaan oh Cubaan datanglah Kerahmatan

Hari raya makin menjelang. Bayang payment pun belum ada, panggilan dem panggilan dari supplier diterima. Kuserahkan kepada Allah, semua usaha telah kujalankan, call, sms dan doa.

Semenjak bergelumang dalam dunia dagang ini, tahun ini kurasakan paling teruk aku menghadapi hari raya. sedih kulihat anak anak yang persiapannya tidak seperti orang lain, harap dihari terakhir nanti dapatlah aku menghadirkan apa yang seadanya untuk mereka.

Pekerja-pekerja aku? mungkin merasa cuak dengan keadaan ini? Ya Allah, hanya kepadaMu ada memohon pertolongan dan hanya  Engkaulah yang boleh membantuku.

Apakah begitu malap sekali hidup ini? Dugaan mendatang semakin tak tertanggung. Ya Allah berikanlah aku kekuatan.untuk menghadapi dugaan Mu.

 Ya, Allah di bulan yang mulia ini yang penuh dengan keberkatan, Kau permudahkan lah segala urusan dunia dan akhiratku.

Ya Allah, berikan aku kejayaan dunia dan akhirat, kekayaan dunia dan akhirat, keimanan, ketaqwaan, keberkatan, dan kesihatan.

Alangkah baiknya sekiranya masa susah begini, ada insan yang sama sama berkongsi dan memahami dan sama sama memikirkan jalan yang terbaik untuk permasalahan ini.


Sunday 5 August 2012

Sudah Setahun

Ramadan dah hampir melabuhkan tirainya, Aidil fitri bakal menjelma. Sudah setahun, blog ini berusia. Walaupun sekadar mencuri masa dan ketika untuk menulis, tapi blog ini lebih kepada medium luahan sendiri dan untuk diri sendiri.

Dalam waktu yang terbatas dan bukan layaknya menulis, tapi kepuasan melihat hasil yang serba kekurangan ini umpama melihat benih yang disemai mula berdaun. Tanpa baja dan berhatian yang khusus semestinya pokok yang terhasil agak terbantut tumbesarannya.

Ramadhan tahun ini cuba dilalui dengan keazaman untuk menjadikan, ramadhan ini yang lebih baik dari yang sebelumnya dan sudah tentu bukan lagi yang terbaik. Dalam menuju kearah pembaikan prestasi dalam menghadapi bulan yang indah yang penuh dengan keberkatan, kita menggarapkan usaha, agar ianya menjadi routine yang akan diteruskan dalam hari hari dan bulan bulan mendatang.

Perjalanan dalam bulan yang penuh rahmat ini, terasa cepat tapi mempunyai ruang yang terasa luas bagi kita beribadat. Dibulan lain terasa waktu begitu terbatas dan berlalu dengan pantas.

Apakah masih ada Ramadhan lagi?

Wednesday 9 May 2012

KEMANA ARAH KITA

Masih hangat diperkatakan mengenai perhimpunan BERSIH 3.0 baru baru ini.  Penafian dan pendakwaan terus kedengaran. Tapi rakyat Malaysia telah matang, cuma pemerintah sahaja yang masih belum matang. Jiwa dan corak pemerintahan masih ditakuk lama. Jiwa mereka masih diera penjajahan, gagal untuk berubah. gagal untuk mencerminkan diri.

Tidak perlu penafian yang berulang:- membuatkan orang ramai meluat dan loya. Apakah dengan title penguatkuasa undang undang juga memperolehi license to  kill?

Rasanya pihak pengurusan penguatkuasa undang undang perlu memikirkan dan melaksanakan ujian psikologi dan kaunseling untuk anggota mereka. Cara mereka bertindak tidak mencerminkan sebagai seorang yang rasional dan tidak mencerminkan sebagai seorang yang beragama Islam?

Apakah hati mereka itu begitu keras dan gelap sehinggakan sanggup memukul dengan membabi buta, tidak perlu penafian dan alasan. Atas apa jua alasan orang ramai tidak boleh terima perilaku penguatkuasa yang bertindak tanpa peri kemanusian. Jangan salahkan orang ramai sekiranya selepas ini persepsi mereka terhadap penguatkuasa terus menjadi semakin negatif.

Bagaimana untuk mentadbir dengan baik sekiranya penguatkuasaan menjadi persoalan dan pertikaian?

Dalam keghairahan mengekalkan tampuk kuasa, manusia menjadi buta. Buta dalam memahami dan menghargai akan sumbangan orang ramai dalam kekuasaan mereka. Tanpa rakyat tiadalah kerajaan maka jadilah kera sumbang.

Apakah tuntutan orang ramai langsung tidak terguris di hati mereka? Tak terkesan mungkin. Sampai begitukah sekali bongkaknya mereka. Biarkan mereka terjun dengan labu labunya.

Rakyat telah celik, keluarkanlah apa isu jua sekarang ini, rakyat tidak peduli lagi. Inilah balasan dari Allah untuk orang yang bongkak.

Wahai pemimpin, usah diungkitkan jasa jasa kamu. Kamu dipilih untuk berjasa dan berkhidmat. Jika kamu rasa kamu telah memberikan yang terbaik, syukurlah sekurang kurangnya kamu telah menunaikan tanggungjawab kamu. 

Dengarlah dan perhalusilah apa yang dituntuti rakyak. Untuk menjadi pemerintah yang disukai, senang. Untuk di benci, lagi senang. Jadi berlaku adil dan sekurang kurangnya menjadi pendengar yang baik..

Wednesday 18 April 2012

PTPTN?

Kebelakangan ini, isu ini telah menjadi hangat dan terus hangat dengan demonstrasi yang berani dari mahasiswa yang lebih celik dan mempunyai semangat yang diperlukan negara dalam mempersiapkan diri dan negara menjadi sebuah negara yang maju setapak berbanding sebelumnya.

Ini bukanlah suatu sikap yang kasar dan tidak menghargai peluang, harus diingat mahasiswa ini melihat dari perspektif mereka yang masih memerlukan bimbingan dan penjelasan. Ini perubahan generasi sekarang yang perlu diterima oleh setiap lapisan masyarakat terutamanya pemerintah dan sudah tentunya kementerian dan menteri yang bertanggungjawab bagi golongan ini.

Cara, kaedah dan apa jua kaedah yang digunakan untuk menangani isu ini dan generasi ini harus dan semestinya berbeza dari cara dan kaedah yang digunakan pada generasi terdahulu. Kita melihat masalah ini ditangani dengan keangkuhan dan ugutan oleh pihak bertangggung jawab, tanpa sebarang usaha untuk memahami dan menghormati pendapat dan luahan yang ingin disampaikan.

Rasanya bukan pemansuhan yang diperlukan, tapi kaedah yang lebih telus, lebih fleksibel dan tidak membebankan pelajar. Dalam keadaan ruang dan peluang kerja yang menghimpit, tentunya hutang belajar menghantui bekas pelajar dan pelajar. Kerajaan harus meneliti permasalahan ini dengan menimbang cara dan mengaitkan dengan pasaran kerja semasa.

Matlamat penubuhan PTPTN juga harus diteliti, adakah ianya diwujudkan semata-mata untuk memihak kepada IPTS yang tumbuh bagaikan cendawan. Rata-rata IPTS ini yang mendapat manfaat dari pinjaman mudah kepada pelajar.

IPTS terus mencatatkan keuntungan dari kesengsaraan pelajar yang menanggung bebanan hutang. Ini berbalik kepada kewajaran menswastakan pelajaran. Apakah kualiti pelajar yang dihasilkan dari IPTS ini? Apakah produk dari IPTS ini mendapat pengiktirafan dari pasaran pekerjaan.

Bagi generasi terdahulu, jangan pertikaikan pemansuhan yang diminta dari golongan pelajar hari ini. Keadaan dulu dan sekarang berbeza. Dahulu, melangkah kan kaki ke Universiti merupakan selangkah kearah peluang pekerjaan yang mantap. Kini, peluang itu tidak menjanjikan sebarang harapan. Kini peluang belajar merupakan langkah membentuk generasi berilmu semata mata dan mungkin kearah membentuk sahsiah yang berbeza berbanding yang tercicir.

Mungkin ini yang dilihat dan terfikir oleh para pelajar yang melaungkan pemansuhan PTPTN. Jangan dipandang remeh akan permintaan ini. Jangan ditakut takutkan. Bimbinglah mereka. Carilah formula agar pasaran pekerjaan diluaskan selari dengan jumlah graduan yang dilahirkan. Kini peluang pekerjaan dan jumlah graduan yang dilahirkan setiap tahun, tempang - tidak selari.

Kepada anak muda, syabas anda telah bangun dari tidur dan memperjuangkan apa yang dirasakan tempang. Mungkin anda melihat dari perspektif berbeza, namun faktanya tetap ada.

Kepada pihak yang berkuasa terbabit, jangan memperkecilkan golongan muda ini, pendapat mereka perlu dihormati. Jika anda mahu dihormati, belajarlah menghormati orang lain. Jangan kerana kuasa, mengaburkan semua benda.

Semoga golongan muda dapat apa yang diperjuangkan.


Sunday 1 April 2012

Gambaran Perjalanan

Sun rise - South China Sea. East Coast of Malaysia
Cool and refreshing river in North of Malaysia
Peaceful Lake Garden of Taiping
Sun Rise 1
Sun Rise 3


An Evening In JB




















The Chosen Path

Dedication This wrinting is dedicated to my family that continuously pray for my well being and success. To my children that understand t...