Wednesday 18 April 2012

PTPTN?

Kebelakangan ini, isu ini telah menjadi hangat dan terus hangat dengan demonstrasi yang berani dari mahasiswa yang lebih celik dan mempunyai semangat yang diperlukan negara dalam mempersiapkan diri dan negara menjadi sebuah negara yang maju setapak berbanding sebelumnya.

Ini bukanlah suatu sikap yang kasar dan tidak menghargai peluang, harus diingat mahasiswa ini melihat dari perspektif mereka yang masih memerlukan bimbingan dan penjelasan. Ini perubahan generasi sekarang yang perlu diterima oleh setiap lapisan masyarakat terutamanya pemerintah dan sudah tentunya kementerian dan menteri yang bertanggungjawab bagi golongan ini.

Cara, kaedah dan apa jua kaedah yang digunakan untuk menangani isu ini dan generasi ini harus dan semestinya berbeza dari cara dan kaedah yang digunakan pada generasi terdahulu. Kita melihat masalah ini ditangani dengan keangkuhan dan ugutan oleh pihak bertangggung jawab, tanpa sebarang usaha untuk memahami dan menghormati pendapat dan luahan yang ingin disampaikan.

Rasanya bukan pemansuhan yang diperlukan, tapi kaedah yang lebih telus, lebih fleksibel dan tidak membebankan pelajar. Dalam keadaan ruang dan peluang kerja yang menghimpit, tentunya hutang belajar menghantui bekas pelajar dan pelajar. Kerajaan harus meneliti permasalahan ini dengan menimbang cara dan mengaitkan dengan pasaran kerja semasa.

Matlamat penubuhan PTPTN juga harus diteliti, adakah ianya diwujudkan semata-mata untuk memihak kepada IPTS yang tumbuh bagaikan cendawan. Rata-rata IPTS ini yang mendapat manfaat dari pinjaman mudah kepada pelajar.

IPTS terus mencatatkan keuntungan dari kesengsaraan pelajar yang menanggung bebanan hutang. Ini berbalik kepada kewajaran menswastakan pelajaran. Apakah kualiti pelajar yang dihasilkan dari IPTS ini? Apakah produk dari IPTS ini mendapat pengiktirafan dari pasaran pekerjaan.

Bagi generasi terdahulu, jangan pertikaikan pemansuhan yang diminta dari golongan pelajar hari ini. Keadaan dulu dan sekarang berbeza. Dahulu, melangkah kan kaki ke Universiti merupakan selangkah kearah peluang pekerjaan yang mantap. Kini, peluang itu tidak menjanjikan sebarang harapan. Kini peluang belajar merupakan langkah membentuk generasi berilmu semata mata dan mungkin kearah membentuk sahsiah yang berbeza berbanding yang tercicir.

Mungkin ini yang dilihat dan terfikir oleh para pelajar yang melaungkan pemansuhan PTPTN. Jangan dipandang remeh akan permintaan ini. Jangan ditakut takutkan. Bimbinglah mereka. Carilah formula agar pasaran pekerjaan diluaskan selari dengan jumlah graduan yang dilahirkan. Kini peluang pekerjaan dan jumlah graduan yang dilahirkan setiap tahun, tempang - tidak selari.

Kepada anak muda, syabas anda telah bangun dari tidur dan memperjuangkan apa yang dirasakan tempang. Mungkin anda melihat dari perspektif berbeza, namun faktanya tetap ada.

Kepada pihak yang berkuasa terbabit, jangan memperkecilkan golongan muda ini, pendapat mereka perlu dihormati. Jika anda mahu dihormati, belajarlah menghormati orang lain. Jangan kerana kuasa, mengaburkan semua benda.

Semoga golongan muda dapat apa yang diperjuangkan.


Sunday 1 April 2012

Gambaran Perjalanan

Sun rise - South China Sea. East Coast of Malaysia
Cool and refreshing river in North of Malaysia
Peaceful Lake Garden of Taiping
Sun Rise 1
Sun Rise 3


An Evening In JB




















The Chosen Path

Dedication This wrinting is dedicated to my family that continuously pray for my well being and success. To my children that understand t...