Wednesday 30 July 2014

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Aidil fitri menjelang lagi.. Ramadhan telah pergi.. Aidil fitri disambut meriah.. adakah kita telah berjaya memanfaatkan Ramadhan? Harap kita semua benar benar layak merayakan Aidit fitri yabg datang tanda kemenangan kita dalam membentuk insan yang lebih baik dari sebelumnya.
Itulah harapan kita semua. Meningkat usia lebih mematangkan dalam menghayati bulan Ramadhan. Ramadhan
telah pergi pada waktu yang ditetapkan.. Apakah kita mampu dan sempat menyambut ramadhan di tahun hadapan? Adakah sempat kira merebut peluang yang dijanjikan saban tahun sejak dahulu lagi. Ganjaran yang pasti bagi yang menunaikan. Kita tidak melunaskan apa yang dijanjikan ganjaran yang pasti. Kita leka dengan sekeling tanpa memikirkan bekalan. Janji kemenangan ini bukan peraduan yang diberikan kepada yang terpilih, tspi untuk semua yang berhak yangengabdikan diri kepada penciptanya. Subhanallah kita sentiasa melepaskan peluang..
Kalaulah kita sedari akan manfaat apakah kita akan berlumba lumba untuk mendekatkan diri kepadaNya....

Fikir fikirkan lag... Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Wednesday 9 July 2014

LIVING HER DREAM

DREAM OF A WOMEN TO SEE THE WORLD IN HER OWN WAY AND PERSPECTIVE

Travelling has always been my passion. All this while, I hv been backpacking around the globe for more than 10 years. But now, I am changing my mode of travelling. It all started when I get to know Zahariz Khuzaimah, the crazy Malay guy who cycled China and some parts of Central Asia countries, alone (and at the moment, he is cycling in Iceland; DENGAN BASIKAL AKU MENJELAJAH http://zahariz.wordpress.com/). I was in awe looking at how beautiful the places he had been to. I wanted to do like him, but cycling for me? No, I’m too old to do an extreme cycling trip. Zahariz told me about another guy, Hadi Hussein, who rode from KL to London alone on his 128cc kapchai motorbike. I never heard of him, bcos I never watched TV nor read the newspaper.
read more

KEMBARA

Dengan basikal aku menjelajah. The courage and brave young man to see the world.

HUA SHAN, THE MOUNTAIN OF MAGIC!


hua10

While being stucked in Xi’an for almost 2 weeks, I spent 2 days in the mountain of Hua Shan, about 130km east of Xi’an. Huashan is a mountain that I always wanted to climb since many years ago, after I saw the pictures of it from a friend who went there almost 10 years ago. Even looking from the picture, I could sense that this place is magical. It’s a special mountain, and its one of my wishlist.
read more

Rasulullah SAW membahagikan Ramadhan itu kepada tiga fasa



Sebulan itu 30 hari. Rasulullah membahagikan Ramadhan itu kepada tiga fasa. Fasa pertama adalahrahmat, fasa kedua pula keampunan dan fasa terakhir adalah perlepasan dari api neraka. Secara mudahnya 10 hari pertama adalah untuk rahmat, 10 hari kedua untuk keampunan dan 10 hari ketiga adalah jaminan pelepasan dari api neraka.

Tuesday 8 July 2014

Dreams will always be a dream?

In real life people tends to dream, day dream or night dream. Night dream mostly associated with nightmare and also sweet dream.

We are looking forward to have sweet dream. Lovers wishes their loves one sweet dreams as the closing word for the the day.

Dream is regards as well as our aim for the future. Everybody have their own dream, poor dream to be rich, sick dream to be healthy and rich dream to be richer and famous.

Dream is the medicine to cure or ease our current hardship life. Life has never been beauty as dreamed.

We are have a dream. Dream is good to make us more focus and set the target that we want to achieve.  We need to set our target and we need to work hard for it. Without dream we are heading nowhere.

Keep on dreaming and stay focus and alert.

Monday 7 July 2014

INTEREST 1

POLITIK??

Syabas Malaysia benar benar sebuah negara demokrasi. pemimpin pemimpinnya berpolitik siang malam sepanjang tahun. tak kira dimana mana hingga kedalam masjid. Orang dulu dulu sanggup buat wakaf di tepi masjid untuk memisahkan becakap hal keduniaan dari masjid.

Parti yang memerintah perlu menukar coarak berpolitik pemimpin pemimpinnya. Pembahagian masa bagi menteri untuk negara dan parti mesti lebih terurus. Sepatutnya menteri menggunakan hanya 5 peratus masanya untuk parti. Sebab itulah adanya setiausaha politik. Menteri perlu peruntukkan lebih masa untuk negara gembeling seluruh tenaga untuk kemajuan negara. Menteri perlu memikirkan kaedah kaedah yang baik untuk memajukan negara dan meringankan beban rakyat.

Kesusahan rakyat adalah kegagalan pemerintah. Rakyat akan hidup sejahtera jika pemerintah bekerja dengan baik. Menjadi pemimpin adalah untuk semua. Bukan untuk suku suku yang menyokong. Kewajipan pemerintah untuk semua rakyat, jika ia tak terbatas untuk agama dan kaum kenapa perlu terbatas untuk penyokong dan bukan penyokong.

Sekiranga dilantik menjadi menteri anda adalah milik negara dan bukan milik parti sepenuhnya. Sebaliknya di Malaysia apabila dilantik, menteri-menteri berpolitik bagi memastikan kedudukanya kekal dan mahu keatas lagi. Wahai pak menteri, jangan risau pasal kedudukan bekerjalah dengan jujur untuk negara, biarlah kedudukan kamu dikekalkan atas sebab kebolehan kamu bekerja.

Wahai pengikut pak menteri, sokonglah dia atas kebolehannya, bukan atas dasar sokong membawa rebah. Masa depan negara dan generasi akan datang berada diatas tangan kita semua..  

ZAKAT??

Setiap tahun, atau pun mungkin setiap minggu kita didedahkan dengan ketidakupayaan saudara seagama kita dalam menjalani kehidupan. Melalaui segmen bersamamu setiap minggu, dipaparkan nasib insan yang kurang kemampuan. Dalam berita juga dipaparkan berita yang sama.

Adakah kita benar benar menjalankan tanggung jawab membantu yang memerlukan. Dimana wang zakat yang diagihkan oleh baitulmal? Bagaimana perjalanan pengurusan wang zakat oleh baitulmal? Siapa yang monitor pengagihan ini. Adakah kos pengurusan baitulmal perlu di biayai oleh duit zakat atau ditanggung oleh kerajaan? Jika di biayaai duit zakat hanyalah mungkin bayaran amil. Adakah pemungut zakat boleh menggunakan wang zakat membeli bangunan, kenderaan dan melabur?

Saya bukan agamawan atau ahli politik, hanya rakyat biasa yang menilai dari jauh. Dari berjuta wang zakat tidakkah cukup untuk membantu fakir miskin?

Kejadian terbaru di Melaka, berlaku atas kesempitan hidup. Yang dipaparkan di media mungkin hanya beberapa peratus sahaja. Berapa ramaikah lagi diluar sana.

Instituisi zakat perlu diperkemaskan lagi. Asnaf yang disyariatkan perlu dipenuhi. Orang yang berhutang juga salah satu... dan saya adalah sala seorang darinya... 

Tuesday 1 July 2014

RESEPI

RESEPI RAMADAN
Menu:
  1. Ayam Panggang Bermadu
  2. Udang Masak Serai Wangi
  3. Ikan Siakap Kukus
  4. Ikan Masak Berlada
  5. Ikan Kerapu Masak Asam Manis
  6. Ayam Masak Cendawan Ala Cina
  7. Pajeri Nenas
  8. Mee Hailam
  9. Ketam Bertelur
  10. Ayam Kepak Masak Minyak Bijan
  11. Nehari (Kari Kambing Kashmir) 
  12. Ikan Tiga Rasa
  13. Ikan Pari Lemas!!!!
  14. Tandoori Kurau
  15. Tom Yam
  16. Nasi Ayam Hakka
  17. Mee Rebus
  18. Gulai Tempoyak Ikan Kembung
  19. Ayam Golek Seri Pahang
  20. Kari Kepala Ikan
  21. Black Pepper Steak
  22. Gulai Tempoyak Ikan Kembung
  23. Asam Pedas Tumis (Melaka)
  24. Soto Ayam
  25. Nasi Paprik
  26. Nasi Dagang
  27. Mee Bandung Muar (resepi asli Muar)
  28. Gulai nenas ikan kering orang utara
  29. Ayam Bercili masak ketumbar
  30. Ayam Masak Lomak Cili Api Nogori Style






Ayam Panggang Bermadu
Bahan-bahan:
1kg kepak ayam  1 senduk besar minyak bijan  2 senduk besar madu (kalau u suka manis, tambahkan lagi )  sedikit serbuk lada sulah (sesuka hati, siapa yang suka pedas, tambahlah lagi)  sedikit garam secukup rasa

Cara memasak:

Gaulkan ayam bersama madu, minyak bijan, serbuk lada sulah & garam hingga rata. Perapkan semalaman atau lebih dan selepas tu, boleh lah dipanggang ayam tu.....
 
 
atas


Udang Masak Serai Wangi
Bahan-bahan:
600 gm udang harimau - digoreng setengah masak 4 batang serai 100 gm cili kering 100 gm bawang merah 100 gm cili merah 70 gm bawang putih 70 gm halia muda 3 sudu besar pati asam jawa 30 gm belacan bakar 100 gm pati santan Garam dan gula secukup rasa

Cara memasak:
 

  1. Kisar halus serai, cili kering, bawang merah, cili merah, bawang putih dan halia muda.
  2. Tumis hingga wangi dan masukkan air asam jawa dan sedikit santan cair.
  3. Masak atas api sederhana hingga kuah pekat
  4. Masukkan pati santan dan udang.
  5. Masak hingga naik bau.
atas


Ikan Siakap Kukus
Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap sederhana besar 3 sudu besar sos tiram 2 susu besar sos cili 2 susu besar sos tomato 1 sudu gula 4cm halia - dimayang 3 ulas bawang putih - dimayang 3 ulas bawang besar - dimayang 3 tangkai daun sup(saderi) 1/2 biji limau nipis garam secukup rasa

Cara memasak:
 

  1. Cuci ikan dan belah dua jangan sampai putus lumur garam dan gula (kurangkan jika tak suka manis).
  2. Masukkan ikan dalam pinggan bujur, tabur bahan yang dimayang tadi.
  3. Tuang ketiga-tiga sos tadi.
  4. Kukus selama 10minit (hingga masak). tabur hirisan daun sup tadi dan perah limau diatasnya.
atas


Ikan Masak Berlada
Bahan-bahan:
3 ~ 4 ekor ikan sembilang 10 biji cili merah - dikisar 2 batang serai - dititik 1 ulas bawang besar - dimayang kasar 2 ulas bawang putih - ditumbuk 1 inci halia - ditumbuk air limau kasturi sedikit garam dan gula secukup rasa

Cara memasak:
 

  1. Ikan disiang, lumurkan dengan garam dan kunyit.  Goreng dan ketepikan. 
  2. Dengan menggunakan minyak yang sama tumiskan bawang putih dan halia yang telah ditumbuk tadi.  Bila dah berbau harum (garing) masukkan cili merah yang telah dikisar, garam dan gula, kacau dan biar sampai pecah minyak. 
  3. Masukkan ikan yang telah digoreng tadi dan gaul hingga sebati.  Masukkan bawang besar yang dimayang kasar, kacau hingga agak layu.
  4. Curahkan air perahan limau kasturi sebelum dihidangkan.
atas


Ikan Kerapu Masak Asam Manis
Bahan-bahan A:
1 ekor ikan kerapu 120gram tepung jagung 1 biji telur ayam Sedikit minyak (untuk goreng) Garam secukup rasa
Bahan-bahan B:
5 ulas bawang merah - dikisar 5 ulas bawang putih - dikisar 3cm halia 1 batang serai - dititik 1 helai daun pandan 3 sudu cili sos 1 sudu cili giling Sedikit kunyit hidup 3 sudu tomato sos 3 cawan air Sedikit cuka masak Garam secukup rasa

Cara memasak:
 

  1. Gaulkan bahan-bahan  $b!f (ba $b!g (b dan goreng hingga rangup.
  2. Untuk sosnya,panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih, bawang merah, halia, daun Pandan dan serai sehingga bau naik.
  3. Masukkan cili giling dan kunyit.kacau sehingga naik minyak.
  4. Masukkan air, tomato sos,cili sos dan bahan perasa.kacau sehingga mendidih.  Tuangkan ke atas ikan yang telah digoreng.
  5. Gorengkan bahan-bahan taburan dengan sedikit minyak ke atas hidangan tadi.


Untuk hiasan:


Bawang besar, cili merah, gree pepper, nanas dan timun.
 
 
atas


Ayam Masak Cendawan Ala Cina
Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam 8 keping Cendawan hitam - direndam 1/2 jam 1 inci halia - dihiris 1 biji bawang besar - dihiris 6 ulas bawang putih - dicincang 4 ~ 5 tangkai cili padi Sedikit kicap lemak manis Sedikit sos tiram

Cara memasak:
 

  1. Ayam dibasuh dan dipotong kecil2.  Cendawan yang dah lembut ditoskan, buang tangkainya dan dipotong 4 (memanjang).
  2. Panaskan minyak dan tumis halia.  Bila dah naik bau (halia dah kekuningan) angkat halia dan buang.  Kalau tak buang pun tak apa.
  3. Masukkan bawang besar, bawang putih dan cili padi. Tumis hingga naik bau baru masukkan ayam. Kacau sekejap.
  4. Masukkan kicap dan sos tiram.  Kuantiti kicap terpulang. Tak payah letak garam sebab sos tiram dah memang masin.  Kalau untuk yang kuat masin, bolehlah letak garam sedikit.  Kacau. 
  5. Selepas tu, masukkan air secukupnya (dalam 2 cawan biasa).
  6. Bila dah mendidih baru masukkan cendawan.  Kecilkan api dan biarkan hingga kuahnya pekat. (biasanya dalam 10 hingga 15 minit).


atas


Pajeri Nenas
Bahan-bahan:
Rempah tumis (Kulit kayu manis,bunga lawang, pelaga) Sedikit serbuk kunyit 4 biji bawang merah ] 2 biji bawang putih ] Dihiris memanjang Biji sawi gula sikit garam secukup rasa Lada merah/&hijau dibelah memanjang (jgn sampai putus) Nenas dipotong bulat dan 4, rebuskan dan ditoskan air 

Cara memasak:
 

  1. Tumiskan rempah tumis tadi masukkan bawang merah dan putih, bila naik bau masukle serbuk kunyit. 
  2. Kemudian masuk nenas yg dah siap tos tu, gula sikit dan garam secukup rasa. 
  3. lepas tu masukla pulak lada dan biji sawi (masa masuk lada nie tk usahle sampai lunyai pulak-golek-golekkan ajele kat dlm kuali tu sikit-sikit).


atas


Mee Hailam
Bahan-bahan:
1 kg mee/kueh teow/mee hoon (6/8 orang) 6 biji bawang putih (tumbuk/penyekkan) rencah ayam/udang/sotong sos tiram garam secukup rasa 6 biji cili api 3 sudu besar tepung jagung (cairkan dalam setengah cawan air sejuk) sayur (kobis bunga/sawi/carrot/baby corn)

Cara memasak:
 

  1. Tumiskan bawang putih dan cili api.
  2. Kalau dah garing letakan rencah, kemudian letak air 3 cawan dan garam secukupnya.
  3. Masukkan sos tiram setengah botol kecil.
  4. Kemudian masukkan air tepung jagung utk pekatkan kuah.
  5. Masukkan sayur2 an dan mee.
atas


Ketam Bertelur
Bahan-bahan:
2 ekor ketam yang agak besar dibuang kulit yang keras tu dan dibelah dua. 3 sudu sos tiram 3 sudu sos cili 3 sudu cili yang dah diblend 7 ulas bawang merah 1 ulas bawang putih yang agak besar sepotong halia sebiji telur garam sedikit gula sedikit minyak untuk menumis bawang besar

Cara memasak:
 

  1. Tumbuk cili, bawang putih, bawang merah dan halia tumiskan sehingga bangkit baunya
  2. Masukkan secawan air
  3. MAsukkan ketam, tutup kuali sehingga 10 minit
  4. Masukkan segala sos, gula dan garam secukup rasa
  5. Bila semua dah nampak macam sebati, masukkan telur yang dah dipukul,
  6. Kacau cepat-cepat supaya telur tak berketul.
atas


Ayam Kepak Masak Minyak Bijan
Bahan -bahan:
Beberapa ketul kepak ayam/drumstick ke apa2 lah Sesame oil/Minyak bijan Serbuk lada hitam Fish sauce/Sos ikan Bawang putih 5 ulas ( Potong nipis2) Sos tiram

Cara memasak:
 

  1. Lumurkan ketul2 ayam tu dgn minyak bijan, sos tiram, sos ikan(jgn banyak sesangat - secukup rase).  Campurkan bawang putih yg dihiris.  Perapkan lbh kurang 1 jam.
  2. Sejam kemudian angkat, taburkan serbuk lada hitam (terpulang ikut kepedasan). 
  3. Panaskan oven, Masukkan dalam oven lbh kurang 30 minit.  Setiap 10 minit hendaklah tambah sos ikan terhadap ketul ayam tadi.
atas



Nehari (Kari Kambing Kashmir) 
Bahan-bahan:
1 camca besar garam masala  4 ulas bawang putih dicincang halus  2 cm halia dicincang halus sedikit garam  2 camca kecil serbuk cili  1 camca besar serbuk ketumbar  1/2 camca kecil serbuk buah pala  1 camca besar serbuk jintan kasar  1 camca besar paparika  4 labu bawang besar dihiris nipis  1kg daging kambing didadu ( Bahagian kaki )  150ml Tairu  2 camca besar tomato puri  1/2 cawan kacang dhal direbus sampai lembut dan dimesin  1/2 cawan daun ketumbar dicincang halus  2 biji cili hijau dihiris  Minyak Vesawit untuk menggoreng  Air secukupnya  Garam secukup rasa 

Cara memasak:
 

  1. Gaulkan daging kambing dengan sedikit garam dan garam masala dan goreng sebentar. Keluarkan dari periuk dan asingkan. Dalam periuk yang sama tumis bawang besar sampai kuning dan garing lalu di masukkan semula daging tadi. 
  2. Masukkan semua bahan-bahan yang lain ke dalam daging kecuali dhal dan kacau rata dan dikecutkan selama 10 minit. 
  3. Masukkan air dan Dhal didihkan sampai empuk. Tambahkan garam dan taburkan daun ketumbar dan cili hijau.
atas


Ikan Tiga Rasa
Bahan-bahan
1 ekor ikan siakap / kerapu  sedikit bawang putih (ditumbuk)  1 inci halia  2 biji tomato (agak masak)  6 biji cili merah  10 biji cili padi  2 sudu sos tiram  2 sudu sos cili  1 sudu sos tomato  sedikit gula, garam bhn utk dikisar

Cara memasak: 
 

  1. Goreng ikan (spt biasa) garing / separuh garing (terpulang). Toskan minyak.Ketepikan. 
  2. Tumis bawang putih (naik bau) + bhn kisar 
  3. Masukkan semua sos tadi, gula, garam dan sedikit air 
  4. Tuang atas ikan
atas


Ikan Pari Lemas!!!!
Bahan A:
1 bahagian ikan pari yang telah di potong (sederhana besar)  - di basuh bersih  - sediakan besen sebagai acuan untuk kertas timah yang boleh di muatkan dengan ikan pari tadi, kemudian lapik dengan kertas timah 3-4 helai, biar tebal sikit supaya tak koyak. Biarkan kertas timah tu besar macam nak balut hemper! supaya senang nak balut ikan pari tu.  - letak ikan pari ke atas acuan kertas timah. (biarkan dulu ikan tu releks)
Bahan B:
5 biji bawang putih di hiris nipis dan dipotong memanjang (macam batang mancis)  2 biji bawang besar di belah dua dan di mayang halus  2 batang serai di mayang halus  1 helai daun limau purut di koyak empat  25 biji cili padi di mayang halus  halia sebesar ibu jari kaki di hiris nipis dan di potong memanjang  1biji cili besar (merah) di mayang dan dicincang halus  3 sudu besar minyak masak  2 sudu besar sos minyak ikan  sedikit ajinamoto  1/2 sudu kecil garam  1/4 sudu kecil gula
Bahan C:
10 biji limau kasturi
Cara memasak:
Campurkan kesemua bahan B, dan gaul sehingga rata, kemudian masukkan kedalam bahan A. barulah bahan C di perah keatasnya, balut ikan pari tadi dengan rapi dan kemas. biarkan selama 15 minit untuk dia mesra dengan kesemua bahan-bahan tadi. lepas tu kukus/bakar selama 20 minit 
atas


Tandoori Kurau
Bahan-bahan: 
3 keping ikan kurau  1 biji liamu purut  1 sudu besar halia (dicincang halus)  2 biji bawang putih (dicincang halus)  5 sudu besar yoghurt  1 sudu kecil serbuk cili 10 gm serbuk ketumbar  10 gm jintan halus  Setangkai daun ketumbar (dipotong halus)  Garam dan lada hitam secukup rasa  2 sudu besar minyak sapi 

Cara: 
 

  1. Gaul bawang putih, halia, yoghurt, serbuk cili, rempah, garam dan lada hitam dalam sebuah mangkuk. 
  2. Ikan kurau dibersihkan dan perap sekurang-kurangnya tiga jam. 
  3. Setelah itu, sapu sedikit minyak sapi dan panggang selama 15 hingga 20 minit. 
  4. Hidangkan bersama roti atau nasi. 
atas


Tom Yam
Bahan-bahan:
Ayam - 1/4 ekor (dipotong kecil)  Daging - 250 gm (dipotong kecil)  Udang - terpulang pada tukang masak 
Bahan A – 
Blenderkan Halia  3 inci Bawang merah  6 ulas Cili api  20 biji (seeloknya yg dah masak berwarna merah) 
Bahan-bahan lain 
Minyak masak - 1/5 cawan  Serai - 6 btg serai (diketuk) - lebih pun boleh  Lobak merah - 2 btg (dipotong)  Bunga kubis - 150 gram  Putik jagung - 2 bungkus  Tomato - 3 biji (potong 4)  Bawang besar - 3 biji (potong 4)  Daun limau purut - 3 atau 4 helai  Limau nipis - ambil airnya, dan ikut keperluan  Batang saleri - 2/3 btg dari sepokok (potong panjang 1/2 in) cili api - diketuk (jika rasa perlu untuk tambahkan kepedasan)  Sos ikan - dalam 1 atau 2 sudu  Air  Garam  Bahan perasa - jika berminat 

Cara memasak:
 

  1. Panaskan minyak dalam periuk, dan tumiskan bahan2 yang dikisar (Bahan A). 
  2. Masukkan juga serai yang telah diketuk. Tumis sehingga pecah minyak. 
  3. Masukkan daging yang telah dipotong. Masak sehingga empuk. Dalam proses ini, sedikit air perlu ! 
  4. ditambah, hanya utk menyempokkan daging. 
  5. Bila daging telah empok, masukkan ayam. Masak lagi sehingga ayam 3/4 masak. Tambahkan air hingga paras air tu... 1 1/2 kali ganda dari bahan2 yang ada didalam periuk tu. 
  6. Masukkan udang jika berminat. Masak lagi hingga air mengelegak. 
  7. Masukkan lobak merah, putik jagung dan bunga kobis. Masukkan juga daun limau purut. Cili api yg telah diketuk (pastikan dulu tahap kepedasannya - mungkin anda telah berpuas hati). 
  8. Masukkan jua... tomato dan bawang besar, serta batang saleri. Sos ikan dan garam serta bahan perasa jika berminat. Pastikan mengelegak.... dan tutupkan api. 
  9. Akhir sekali masukkan perahan air limau.... Seimbangkan rasa masin dan masam..... 
atas


Nasi Ayam Hakka
Bahan-bahan:
1 ekor ayam segar  Kicap cair (Cap Camel)  Minyak Bijian Bawang merah 1 biji  Bawang putih 3 biji  1 ketul kecil halia  Beras 2 tin susu  1 sudu besar garam  1 sudu kecil Ajinamoto  Sedikit lada putih 

Cara memasak: 
 

  1. Rebus ayam sehingga masak. Pastikan ia tidak direbus telalu lama. Kita boleh cucuk paha ayam dengan chopstick, jika ia telah masak, paha ayam dengan senang dapat ditembusi. 
  2. Toskan ayam tersebut dan letak atas pinggan. Kita mesti menabur kicap cair diikuti dengan minyak bijian sewaktu ayam masih panas. 
  3. Biar ayam sejuk sehingga kita nampak minyak dari ayam tekeluar barulah kita memotongnya. Ini untuk megelakkan daging ayam hancur sewaktu kita memotong ketika panas. 
  4. Air rebus ayam digunakan dalam memasak nasi ayam. Pastikan kita tidak memasuk terlalu banyak air rebusan tadi.(Sukatan air selalunya 1 inci lebih dari paras beras)
  5. Tumiskan halia, bawang putih dan bawang merah (Jangan terlalu garing). 
  6. Masukan tumisan tersebut ke dalam periuk nasi. Taruh garam, Ajinamoto dan lada putih. 
  7. Biar nasi ayam masak dan sajikan selepas setengah jam. 


atas


Mee Rebus
Bahan-bahan:
1 paket mee kuning - celur
Bahan sayuran:
50 sen Taugeh - celur  Sedikit daun sup - hiris nipis  Sedikit daun bawang - hiris nipis  Bawang goreng  4 keping tahu di goreng dan dihiris nipis.  5 biji Cili hijau - dihiris nipis  Limau nipis/limau kasturi - di belah dua  Telur rebus - belah dua
Bahan-bahan kuah:
Sedikit minyak untuk menumis  4 sudu cili kering yang di kisar  3 biji bawang merah - kisar  3 sudu lengkuas yang di kisar  4 batang serai dikisar halus  2 biji bawang putih - kisar  RM 3 udang kering - kisar - lagi banyak lagi sedap.  300gm udang hidup - direbus dan kisar halus  1 kg ubi keledek merah - direbus dan blender halus  3 sudu gula atau secukup rasa  garam secukup rasa  Sedikit ajinomoto  4 sudu sos tomato  Air - agak-agaklah

Cara memasak:
 

  1. Tumiskan bawang merah, bawang putih, lengkuas, serai, cili kering dan udang kering yang telah di kisar hingga naik minyak dan berbau wangi. 
  2. Masukkan udang hidup yang dikisar dan air rebusannya sekali. 
  3. Masukkan keledek yang telah dikisar dan tambahkan air secukupnya. bubuh garam, gula, aji,sos tomato.  
  4. Biarkan mendidih dan siap untuk di hidang dan dimakan.....


atas


Gulai Tempoyak Ikan Kembung
Bahan-bahan:
1 kg ikan kembung (dipotong dua)  1 ikat taugeh kasar  1 cawan tempoyak  1 batang serai 10 biji cili padi  Serbuk kunyit  Garam 

Cara memasak:
 

  1. Masukkan ikan yang telah dicuci ke dalam periuk bersama cili padi yang telah dikisar dan serai yang telah dititik.
  2. Tempoyak dibancuh dengan sedikit air supaya tidak terlalu pekat.
  3. Masukkan serbuk kunyit dan garam
  4. Apabila mendidih, masukkan taugeh. Sedia untuk dihidang.


atas


Ayam Golek Seri Pahang
Bahan-Bahan: 
1 ekor ayam (dibersihkan)  300 gm bawng merah (dikisar halus)  5 cm halia (dititik)  2 sudu besar rempah kari ayam 2 keping asam gelugur  2 biji kelapa parut (diperah 3 cawan santan)  Garam dan gula secukup rasa 

Cara memasak: 
 

  1. Satukan bawang merah, serai, serbuk kari, garam, gula, asam gelugur dan santan di dalam kuali yang besar, kemudian didihkan perlahan-perlahan di atas api yang kecil selama 20 minit.
  2. Apabila kuah hampir pekat, masukkan ayam dan kacau dari semasa ke semasa sehingga ayam separuh masak.
  3. Angkat ayam kemudian panggang di atas bara api selama 10 minit. Semasa dipanggang, balik-balikkan ayam sambil disiram kuah yang selebihnya. 
  4. Bila masak, bolehlah dihias mengikut citarasa tersendiri. hidangkan bersama minuman, 
atas


Kari Kepala Ikan
Bahan-bahan:
1 kg kepala ikan  50 gm bawang merah  30 gm halia (dikisar)  30 gm bawang putih (dikisar)  50 gm cili kering (dikisar)  50 gm ketumbar  40 gm serbuk jintan putih 30 gm serbuk kaskas  10 gm serbuk lada putih  40 gm serbuk kunyit  1 liter santan kelapa  20 gm garam  10 biji kacang bendi  6 biji terung 

Cara memasak: 
 

  1. Tumiskan bawang, halia dan cili kering. Masukkan pula rempah yang telah dicampurkan dengan sedikit air asam jawa. 
  2. Kacau sehingga terbit minyak. Selepas itu masukkan santan, kacau hingga sebati. 
  3. Masukkan pula terung dan bendi, tunggu hingga separuh masak. 
  4. Setelah hampir masak, masukkan pula garam dan serbuk perasa secukup rasa. 


atas


Black Pepper Steak
Bahan-bahan:
1/2 kg daging (sebaik-baiknya batang pinang)  5 ulas bawang merah  2 ulas bawang putih  1/2 inci halia  1 sudu teh lada hitam biji (boleh juga ganti dengan 1/2 sudu teh lada serbuk, tapi rasanya kurang oomph!)  1 batang lobak merah (dihiris menyerong setebal 1/2 inci)  1/2 cawan kicap manis  1 cawan air  1 ulas bawang besar (dihiris membulat setebal 1/4 inci)  1/2 cawan cendawan butang (kalau yang sebiji-sebiji tu, belah dua. Kalau yang dah siap hiris, tak payah buat apa-apa lagi dah)  1 biji buah tomato (dibelah 4 atau 6)  1/2 sudu teh tepung jagung dicampur dengan 2 sudu besar air (untuk memekatkan kuah)  1/2 sudu teh gula atau secukup rasa  2 sudu besar minyak masak

Cara memasak:
 

  1. Daging dihiris lebar dan setebal 1/2 inci. Bersihkan dan ketepikan. 
  2. Kisar halus bawang merah, bawang putih, halia dan lada hitam. 
  3. Masukkan daging, bahan dikisar, lobak merah, kicap manis dan air ke dalam periuk yang dalam. 
  4. Masak atas api sederhana / kecil sehingga daging empuk (pastikan kuahnya tak kering dan tambah air, jika perlu). 
  5. Sementara daging dimasak, goreng bawang besar hingga layu. Angkat dan ketepikan. Ulangi langkah ini dengan buah tomato. 
  6. Apabila daging dah empuk, masukkan bawang besar dan tomato berserta minyaknya, cendawan butang, campuran tepung jagung dan gula secukup rasa. 
  7. Masak atas api kecil selama 3 - 5 minit lagi. 
  8. Siap untuk dihidang.


Tips:

Stik ini enak dimakan bersama "garlic toast" dan french fries.
atas


Gulai Tempoyak Ikan Kembung
Bahan-bahan:
1 kg ikan kembung (dipotong dua)  1 ikat taugeh kasar  1 cawan tempoyak  1 batang serai 10 biji cili padi  Serbuk kunyit  Garam 

Cara memasak:
 

  1. Masukkan ikan yang telah dicuci ke dalam periuk bersama cili padi yang telah dikisar dan serai yang telah dititik.
  2. Tempoyak dibancuh dengan sedikit air supaya tidak terlalu pekat.
  3. Masukkan serbuk kunyit dan garam
  4. Apabila mendidih, masukkan taugeh. Sedia untuk dihidang.
atas


Asam Pedas Tumis (Melaka)
Bahan-bahan:
ikan serkut/tenggiri/siakap/kembung/pari/sembilang/keli tapi masak asam ni kalo melaka(sebelah merlimau)suka ikan parang rasanya lebih sedap.ikan parang  7/8 ulas bawang merah  2 ulas bawang putih  sebesar ibu jari kaki belacan  kunyit hidup sebesar ibu jari tangan (boleh juga gunakan kunyit serbuk)  air asam jawa  cili yang telah diblander(dapat yang digiling lebih sedap)  2 sudu besar kerisik(kelapa goreng)  sedikit halba  sedikit halia (sebesar separuh ibu jari)- agak-agak kuah dan ikan banyak mana.  garam secukup rasa  perasa ajinomoto jika suka.

Cara memasak:
 

  1. Kunyit hidup dan bawg putih ditumbuk lumat. 
  2. kemudian masukkan bwg merah ...tumbuk separuh lumat...masukkan belacan tumbukkan juga. 
  3. Panaskan periuk dan minyak untuk menumis. 
  4. Setelah minyak panas masukkan halba (lebih kurang 4/5 biji)tak boleh banyak nanti pahit.halba untuk naik bau wanginya. 
  5. Masukkan bawang merah,putih,belacan,kunyit,yang telah ditumbuk tadi.kacau. 
  6. Masukkan cili yang telah diblander(7/8 sudu besar-tengoklah pekat ke cair cili mesin tu)kkacau sebati masukkan kerisik. 
  7. Tumiskan dengan api sederhana sehingga garing (macam buat sambal)atau cili berubah warna sedikit merah hitam. 
  8. Setelah garing masukkan air asam jawa.tambah air biasa tengoklah nak kuahnya banyak mana /sesuai ngan ikan. 
  9. Kacau biar bahan tumis tadi sebati ngan kuah. 
  10. Masukkan ikan.kemudian masukkan halia yang telah ditumbuk sedikit(usah ditumbuk lumat)atau dihiris halus. 
  11. Didihkan kuah...masukkan garam dan perasa. 


Tips : 

Masak asam sebenarnya rasa asam(masam kuahnya) dengan pedasnya mestilah seimbang.Ikannya mesti segar. Gunalah ikan parang next time guna ikan lain...rasalah bezanya anda akan tahu....Tumisan lada dan bawangnya mesti garing (jangan sampai hangit) jika tak tak sedap...
atas


Soto Ayam
Bahan A 
1 ekor ayam di potong ikut suka  3 biji bawang besar (potong 4)  5 ulas bawang putih (di ketuk je)  2 inci halia (di mayang)  2 ketul sub bunjut (cap apa pun tak kisah)  sedikit kayu kayan (bunga cengkeh, bunga lawang, kayu manis) 

Cara memasak:
 

  1. Semua bahan A nie hendaklah direbus 
  2. Bila ayam dah empuk dan semua bahan tu dah sebati masukkan la garam, pak aji, gula sikit.


Bahan B 

10 bijik bawang merah 

Cara memasak:
 

  1. Bawang ni di goreng dengan minyak baru (minyak yang belum digunakan) minyak ni agak2 , jangan banyak sangat 
  2. Bila dah kuning tuangkan bawang ngan minyak tu kedalam sup yang dah masak tu. 
  3. Tutup periuk sup supaya naik bau wangi bawang. 


Bahan c 

Daun sup dan daun Bawang  Di potong dan masukkan dalam sup tu.
Sambal kicap 
Bahan-bahan: 
20 bijik cili api  2 bijik limau kasturi (kalau limau nipis 2 belah)  2 ulas bawang putih  kicap  sikit gula

Cara:
 

  1. Tumbuk cili ngan bawang putih , bila dah lumat 
  2. Masukkan dalam mangkuk, selepas itu tuang kicap, gula dan perahkan limau.
  3. Sedia untuk dimakan .


atas


NASI PAPRIK 
Bahan-bahan:
5 pinggan nasi putih panas  1/2 kilo isi ayam/daging  6 biji cili api, dihiris  3 ulas bawang merah, dimayang halus  2 ulas bawang putih, dimayang  1/2 btg serai dihiris  5 sudu sos cili  2 sudu sos tomato  1 sudu sos tiram  3 btg kacang panjang dipotong  2 sudu bawang goreng  Garam secukup rasa  sedikit minyak masak 

Cara memasak:
 

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih. Bila kekuningan, masukkan cili api. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram, serai dan sedikit air selepas menggelegak, masukkan isi ayam/daging. 
  2. Masukkan garam secukup rasa kemudian kacang panjang dan nasi putih. Goreng selama 3 minit. hidangkan.


atas


Nasi Dagang
Bahan-bahan:
5 cawan beras nasi dagang ATAU (3 cawan beras pulut + 2 cawan beras biasa)  2 cawan santan pekat  4 cawan santan cair  2 sudu besar halba  10 ulas bawang merah kecil, mayang halus  6 ulas bawang putih, mayang halus  1½ inci halia, dihiris halus (seperti batang mancis)  Garam dan gula secukup rasa.

Cara memasak:
 

  1. Didihkan air didalam periuk kukusan 
  2. Gaul beras dan santan cair dengan sedikit gula dan garam 
  3. Alaskan kukusan dengan kain kapas yang bersih (seelok-eloknya dua inci melebihi paras bekas pengukus  
  4. Masukkan beras yang sudah bersantan kedalam pengukus dan kukus sehingga beras masak 
  5. Keluarkan beras yang sudah masak, masukkan ke dalam sebuah mangkuk besar 
  6. Semasa masih panas panas, gaul rata-rata dengan santan pekat (masuk sedikit-sedikit), bawang merah, bawang putih, halia dan halba. Sesuaikan gula dan garamnya. 
  7. Hidang panas-panas bersama kuah dan sambal kelapa.


Gulai ikan tongkol (atau ayam) untuk nasi dagang 

Bahan A
Dua ekor ikan tongkol sederhana besar  5 keping asam gelugor  2 inci halia, ditumbuk kasar  3 ulas bawang merah kecil, ditumbuk kasar  3 ulas bawang putih, ditumbuk kasar  Sesudu makan garam dan sesudu teh gula  Air untuk merebus (sekadar menutup ikan, lebihkan seinci)
Bahan B 
Santan pekat dari satu biji kelapa  3 keping asam gelugor 5 ulas bawang merah kecil, ditumbuk  4 ulas bawang putih, ditumbuk  1 inci halia, ditumbuk  Satu peket rempah kari Adabi, dibuat pes  Satu sudu makan cili boh (kalau tak suka pedas, tinggalkan)  1 cawan santan cair, dibancuh dengan sesudu makan asam jawa.  2 sudu makan gula merah/ kabung/ melaka (atau kalau di Kelantan dipanggil "manisan")  Garam secukup rasa  Minyak untuk menumis
Cara memasak:
Rebus bahan A sehingga masak, dan renihkan selama setengah jam, kemudian ambil ikan sahaja dan ketepikan.  Pijarkan minyak di dalam periuk  Tumiskan bawang, bawang putih dan halia, sehingga naik bau  Masukkan rempah kari dan cili boh (jika guna) dan goreng sehingga keluar minyak  Masukkan santan cair yang telah dicampur dengan asam jawa dan ikan (ketepikan sekeping untuk sambal kelapa). Biarkan mendidih  Masukkan santan pekat dan asam gelugor  Bila mendidih masukkan gula merah  Masukkan garam dan sesuaikan rasanya (kalau sudah masam, keluarkan asam gelugor)  Biarkan renih selama 15 minit sebelum dihidangkan bersama nasi dagang.
Sambal kelapa untuk Nasi Dagang
Bahan-bahan: 
Kelapa parut (sebiji), disangrai sehingga perang  4 sudu makan gula kabung (manisan)  Sekeping ikan tongkol rebus, asingkan isinya sahaja
Cara memasak:
Tumbuk semua bahan-bahan sedikit demi sedikit. Pastikan kelapa tidak pecah minyaknya. Kalau tidak suka terlalu manis boleh kurangkan gulanya. Hidangkan nasi dagang dengan gulai ikan tongkol dan sambal kelapa. Boleh juga dimakan dengan sambal tumis dan acar timun.
atas


Mee Bandung Muar (resepi asli Muar)
Bahan-bahan:
1 kg mee kuning  10 tangkai cili kering (buang biji dan rebus, toskan)  1 labu bawang putih (diketuk)  5 biji bawang merah  ½ cawan udang kering, direbus dengan secawan air (alternatively boleh guna sotong rendam, rebus juga, ini style Mee Bandung Tanjung Agas, Muar)  ½ cawan udang hidup  1 cawan daging rebus (dipotong nipis)  Sawi (sukatan ikut suka, potong anggaran 1 inci)  Kobis (sukatan ikut suka, hiris kasar)  ¾ - 1 cawan gula pasir  3 - 4 cawan air rebusan daging  1 sudu makan sos tiram  Telur ayam (mengikut jumlah hidangan)  Garam secukup rasa  Minyak untuk menumis  Lain lain perencah e.g. daging ayam, fishballs, sotong, bunga kobis, hati rebus boleh dimasukkan mengikut individual preference.   Daun sadri & daun bawang, jika suka (dihiris)
NOTE: 
Mee bandung asli tidak mengandungi apa apa yang rasa masam, so, janganlah masukkan tomato puri/tomato sos/cili sos/asam jawa. Ini akan merosakkan keaslian rasanya. Ramai orang yang pandai-pandai modify mee bandung Muar ni by adding sour ingredients. Itu yang spoil tu.

Cara memasak: 
 

  1. Blend cili kering, udang kering & air rebusannya, gula, bawang putih & bawang merah. 
  2. Pijarkan sedikit minyak didalam kuali 
  3. Tumiskan bahan bahan yang dikisar. Jangan sampai garing 
  4. Masukkan sos tiram 
  5. Masukkan udang, daging rebus (dan bahan no. 15 jika ada). 
  6. Masukkan batang sawi dan air rebusan daging dan garam. Biar sehingga pekat


Untuk menghidang (Mee bandung ni tak sedap masak in bulk, so kenalah "bancuh" sepinggan-sepinggan.)
 

  1. Ambil sedikit kuah (dan rencahnya untuk satu orang makan) 
  2. Panaskan kuah dan masukkan sebiji telur, sehingga separuh keras. 
  3. Masukkan sayur dan bila agak lembut, masukkan mee kuning untuk satu orang makan 
  4. Masukkan kedalam mangkuk leper, telur letak diatas, taburkan daun sup & daun bawang, jika suka. 
  5. Hidangkan.


atas


Gulai nenas ikan kering orang utara
Bahan-bahan:
1 paket serbuk kari ikan / ikan kering  1 biji nenas  Isi / tulang ikan talang kering  Santan  garam  bawang merah  daun kari  minyak untuk menumis

Cara memasak : 
 

  1. Ikan talang direndam. 
  2. Rebus nenas yang telah dipotong bersama-sama dengan serbok kari sehingga hampir kering dengan api sederhana. Kemudian masukkan santan dan ikan talang tadi biarkan mendidih. 
  3.  Ketepikan. Garam bubuh kemudian sebab gulai tersebut mungkin telah masin dari isi ikan talang tersebut.(Rasa dulu)
  4. Bawang merah dimayang kemudian ditumis didalam kuali bersama-sama dengan daun kari. 
  5. Setelah garing masukkan bawang bersama-sama minyak tadi ke dalam gulai ikan tadi. 
  6. Kacau sebentar kemudian tutup periuk tadi. 
  7. Siap dan boleh dimakan. 
atas


Ayam Bercili masak ketumbar
Bahan-bahan:
1/2 kg ayam  Serbuk kunyit gaulkan  Sedikit garam  6 biji bawang kecil  3 ulas bawang putihditumbuk lumat  sedikit halia  4 sudu besar biji ketumbar  1 sudu kecil jintan manis di mesin halus  4 sudu besar cili mesin/cili boh  2 asam keping

Cara memasak:
 

  1. Goreng ayam sehingga garing. Setelah garing bolehlah diangkat dan ketepikan. 
  2. Tumiskan bahan yang telah ditumbuk lumat sehingga naik bau kedalam minyak lebihan ayam tadi (agak-agak minyak dengan bahan yang hendak dibuat sambalnya).
  3. Masukkan cili mesin/cili boh sehingga pecah minyak. 
  4.  Kemudian masukkan ketumbar dan jintan manis yang telah dimesin. Jika nampak pekat tuangkan sedikit air (Gunakan api yang sederhana).
  5.  Masukkan asam keping, sedikit garam dan sedikit gula. Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan gaulkan. Hidangkan
atas


Ayam Masak Lomak Cili Api Nogori Style
Bahan-bahan:

1 ekor ayam (ayam kampung/ayam daging biasa (ayam bandar))  30 ulas cili api/padi (ikut suka - kalau tak tahan pedas boleh kurangkan sikit)  1 inci kunyit hidup  2-3 batang serai (dititik)  santan (dr sebiji kelapa)  2-3 ulas bawang putih & merah (utk ayam bandar saja - hilangkan bau hanyir)
 


Cara memasak:
 

  1. Tumbuk cili api + kunyit hidup + bawang putih & merah selumat2nya.. 
  2. Bahan (1) tadi digaulkan dgn ayam didlm kuali beserta serai yang dititik 
  3. Kecutkan ayam dengan bahan2 tadi supaya mesra hingga kering airnya 
  4. Masukkan santan dan kacau supaya tidak terbit minyak 
  5. Perisakan dgn garam (serbuk perasa tak perlu..nanti tak pure) 
  6. Tunggu hingga kuah menggelegak dan lepas tu bolehLAH ditutup apinya..


Nota: 

Kalau suka kentang, boleh masukkan selepas masukkan santan kedalam kuali dan kecilkan api supaya ia cepat empuk.
atas



Samsun

The Chosen Path

Dedication This wrinting is dedicated to my family that continuously pray for my well being and success. To my children that understand t...