Sunday 3 February 2013

Mencari Cahaya Dihujung Terowong

Mengharap dan terus mengharap. Samapai bilakah keadaan ini akan berterusan, tiada usaha lagi yang dapat difikirkan.

Kini semuanya hanya penantian. Aku sanggup menanti. Bagaimana orang-orang disekeling? keluarga, pekerja, pembekal? Apakah mereka sanggup setia menanti.

Ku serahkan semuanya kepada Allah. Jalan yang difikirkan semakin mengecil dan menuju ke jalan mati. Terowong yang lalui semakin jauh dari mulutnya. Semakin menjengah jauh ke dalam terowong semakin gelap, Tiada lagi samar cahaya dari mulut terowong. kini terowong gelap gelita didalamnya.

Berpatah balik? Banyak yang telah dikorbankan dan terkorban sepanjang perjalanan ini. Tidak mungkin untukku berpatah balik. Kegelapan ini perlu ku tempuh. Walau panjang jaraknya sekalipun, akan ku teruskan.

Tetap ada cahaya dihujung terowong. Aku yakini itu. Allah tidak zalim kepada hambaNya, tetapi hambaNya yang menzalimi diri mereka sendiri.

Perjalanan akan ku teruskan sambil bermuhasabah diri, membersihkan diri. Mendekatkan diri kepada Nya. Dimanakah silapnya. Dugaan yang amat perit, sesekali rasa tidak tertanggung. Bersyukur kerana bersisa sedikit keinsafan akan rahmat Allah.

Sokongan, orang yang rapat sedikit sebanyak membantu, menghilangkan rasa penat. Terima kasih tak terhingga kerana memahami dan kommitmen yang diberikan amat amat dihargai. Biarpun jauh, tapi amat bermakna sekali dalam perjalanan ini.

Berjalan dalam kegelapan, keseorangan, kesunyian. Tidak akan ada pertimbangan yang wajar. Keputusan yang bercelaru.

Ketika ini, perhatian dan kasih sayang amat diperlukan. Umpama mengairi tanah yang gersang kerana kemarau yang berpanjangan. Kasih sayang memang penawar segalanya. Dapatkah aku cari?

Apakah perjalanan ini menjadi pencarian dua matlamat? Kasih sayang, elemen penyokong yang penting. Dengan sokongan, matlamat akan dapat dicapai. InsyaAllah ada cahaya dihujung terowong.


The Chosen Path

Dedication This wrinting is dedicated to my family that continuously pray for my well being and success. To my children that understand t...