Wednesday 9 May 2012

KEMANA ARAH KITA

Masih hangat diperkatakan mengenai perhimpunan BERSIH 3.0 baru baru ini.  Penafian dan pendakwaan terus kedengaran. Tapi rakyat Malaysia telah matang, cuma pemerintah sahaja yang masih belum matang. Jiwa dan corak pemerintahan masih ditakuk lama. Jiwa mereka masih diera penjajahan, gagal untuk berubah. gagal untuk mencerminkan diri.

Tidak perlu penafian yang berulang:- membuatkan orang ramai meluat dan loya. Apakah dengan title penguatkuasa undang undang juga memperolehi license to  kill?

Rasanya pihak pengurusan penguatkuasa undang undang perlu memikirkan dan melaksanakan ujian psikologi dan kaunseling untuk anggota mereka. Cara mereka bertindak tidak mencerminkan sebagai seorang yang rasional dan tidak mencerminkan sebagai seorang yang beragama Islam?

Apakah hati mereka itu begitu keras dan gelap sehinggakan sanggup memukul dengan membabi buta, tidak perlu penafian dan alasan. Atas apa jua alasan orang ramai tidak boleh terima perilaku penguatkuasa yang bertindak tanpa peri kemanusian. Jangan salahkan orang ramai sekiranya selepas ini persepsi mereka terhadap penguatkuasa terus menjadi semakin negatif.

Bagaimana untuk mentadbir dengan baik sekiranya penguatkuasaan menjadi persoalan dan pertikaian?

Dalam keghairahan mengekalkan tampuk kuasa, manusia menjadi buta. Buta dalam memahami dan menghargai akan sumbangan orang ramai dalam kekuasaan mereka. Tanpa rakyat tiadalah kerajaan maka jadilah kera sumbang.

Apakah tuntutan orang ramai langsung tidak terguris di hati mereka? Tak terkesan mungkin. Sampai begitukah sekali bongkaknya mereka. Biarkan mereka terjun dengan labu labunya.

Rakyat telah celik, keluarkanlah apa isu jua sekarang ini, rakyat tidak peduli lagi. Inilah balasan dari Allah untuk orang yang bongkak.

Wahai pemimpin, usah diungkitkan jasa jasa kamu. Kamu dipilih untuk berjasa dan berkhidmat. Jika kamu rasa kamu telah memberikan yang terbaik, syukurlah sekurang kurangnya kamu telah menunaikan tanggungjawab kamu. 

Dengarlah dan perhalusilah apa yang dituntuti rakyak. Untuk menjadi pemerintah yang disukai, senang. Untuk di benci, lagi senang. Jadi berlaku adil dan sekurang kurangnya menjadi pendengar yang baik..

The Chosen Path

Dedication This wrinting is dedicated to my family that continuously pray for my well being and success. To my children that understand t...