Monday 5 September 2011

KERJA DAN TANGGUNGJAWAB

Orang yang bekerja sekadar memenuhi tuntutan keadaan yang memerlukan wang untuk memenuhi nafsu (makan, pakai dan segala yang bersifat lahiriah) hanyalah seorang pekerja yang biasa-biasa sahaja. Bekerja tanpa rasa tanggung jawab, tidak berdisiplin, bekerja sambil lewa. Sentiasa mengharapkan apa balasan atas kerja yang sepatutnya dia jalankan. Berbelanja dengan boros. Tidak tahu apa keutamaan dalam melakukan sesuatu perkara.

Orang yang bekerja dengan niat mencari rezeki yang halal bagi menampung keperluan keluarga. Menghargai peluang pekerjaan yang didapati, menjalankan pekerjaan dengan penuh amanah dan dedikasi. Bertanggungjawab dalam melakukan pekerjaan yang diberikan. Berlaku adil kepada majikan dan rakan sekerja. Bersyukur dengan rezeki yang didapati. Berbelanja dengan berhemah. Teliti dalam melakukan sesuatu perkara.

Dua keadaan diatas, adalah selalu dapat kita jumpa atau kita dengar dalam kehidupan kita. Ianya terjadi pada kita sendiri atau pada orang sekeliling kita.Adakah sikap negetif tersebut membuatkan banyak majikan beralih arah kepada pekerja asing?

Kemana perginya sikap bersih cekap dan amanah yang sepatutnya ada dalam setiap diri umat Islam? Adakah ianya sebagai slogan baru yang diperkenalkan oleh perdana menteri yang ke 4 dahulu? Adakah innya hanya merujuk kepada kakitangan awam agar melakukan kerja tanpa rasuah? Sekiranya begitulah anggapan kita semua, silaplah kita semua.

Kita sentiasa meletakkan kesalahan kepada orang lain dan mengharapkan orang lain bekerja dengan lebih baik. Adakah kita bekerja dengan baik? Apakah kita tidak berasa sedikit pun rasa bersalah dan berdosa sekiranya waktu kerja kita, tidak kita gunakan untuk sesuatu yang telah diamanahkan.

Disiplin diri, adalah jendela kita dengan khalayak ramai. Tanpa disiplin umpama bunga tanpa bauan. Tidak seindah yang disangkakan. Biar sebagus mana pun kita, tanpa disiplin diri yang baik, tidak kemanalah kita. Sebagai umat Islam, sepatutnya disiplin adalah uno (satu), kita dilatih berpuasa, sembahyang, tanpa ada yang melihat apa yang kita lakukan. Tetapi dengan keyakinan Allah yang melihat dan menilai kita lakukan dengan penuh tanggungjawab.

Kenapa tidak kita praktikkan apa yang telah Islam ajarkan dalam kehidupan kita, dalam mencari rezeki dalam kehidupan seharian kita. Tidakkah kita yakin bahawa rezeki itu dari Allah? Pekerjaan yang kita lakukan adalah sebagai medium untuk menghasilkan pendapatan kita. Pekerjaan adalah ibadah, kenapa tidak kita lakukan dengan bersungguh sungguh?

Monday 22 August 2011

HARI RAYA AIDIL FITRI

Hari raya menjelang lagi, namun tidak seindah dizaman kanak kanak, walaupun kemeriahnya mungkin lebih dari dulu.

Waktu dulu, hari raya memang dibetul betul dirayakan, masa inilah dapat makan makanan yang tidak kita makan pada hari hari biasa. Ayam dan daging adalah makan mewah yang dimakan pada sambutan dua hari raya dan majlis kenduri kahwin.

Kini hari hari kita makan ayam. Sampaikan kita pun tak tahu nak beli apa kat bazar ramadhan. Ayam sudah menggantikan fungsi ikan dalam diet kita sehari hari. Nasi ayam, nasi tomato - ayam, nasi beriani- ayam, nasi kerabu -ayam.. burger-ayam.

Baru baru ini terkejut dengan berita 60% ayam disembelih di Johor diragui kehalalannya..

Tidak tidak mendengar segala NGO melayu dan Islam melompat dalam isu ini. Semuanya lebih tertarik menjadi jaguh dalam isu politik sahaja kah?

Mana perginya pejuang Islam, begitu juga dengan isu pembuagan bayi, hari ini terpampang esok sudah basi. Apakah tindakan kita? Apakah ini langsung tidak penting? Bukan agenda Negara? Apakha pembangunan insan yang dilaungkan mempunyai kriteria yang ini tak apa dan yang ini ok lagi?

Kemana perginya menteri yang bertanggung jawab untuk memastikan semua ini dapat diperbendungkan. Apa pelan tindakan yang telah diambil dan akan diambil? Tindakan yang telah diambil, sejauh mana keberkesanan dan apa langkah selanjutnya?

Kalau agak susah untuk memikirkan dalam kelompok yang kecil, jemput para agamawan dan sama sama memikirkan satu agenda bagi membendung gejala ini.

Pada hari dan bulan yang baik ini, bagaimana agaknya golongan yang berpendapatan rendah. Golongan yang berpendapatan dibawahRM2000 dan mempunyai 5 atau 6 orang anak. Hari ini pendapatan sebegini bukan lagi tergolong dalam berpendapatan sederhana, tapi sudah jatuh ke kategori berpendapatan rendah.

Bayaran rumah, kereta, dan lain lain meninggalkan baki yang tidak seberapa. Suntikan kewangan dari kad kredit, gadaian, pinjaman peribadi dan lain lain menjadi pilihan yang utama pada masa ini. Bebanan ini menyebabkan kualiti dan kuantiti masa yang diperuntukkan bersama keluarga berkurangan.

Kerja lebih masa, melakukan dua kerja pada satu hari menjadi fenomena biasa pada hari ini. Walaupun rata rata umum sedar bahawa apa yang dikejar hanya sementara namun keperluan asas memaksa ianya berlaku. Apakah jika ini dibiarkan terus, suatu masa nanti masa bersama keluarga di Aidil Fitri hanya akan jadi hari cuti umum biasa sahaja suatu hari nanti.

Sempena dengan Aidilfitri ini kita bertekad untuk mengubah diri dan persepsi agar kuantiti yang kita cari melahirkan kualiti yang kita hasilkan. Tidak ada lagi masalah masalah sosial yang makin lama sudah tidak memberikan kesan kepada minda kita, hanya sekadar menjadi halua telinga.




Sunday 7 August 2011

Harta

Ajarlah anak anak bahawa kehidupan didunia ini adalah sementara dan kita menuju ke alam yang lebih kekal. Bukan untuk menidakkan kepentingan dunia tapi menyeimbangkan dengan akhirat. Agar kita tidak terlupa dan leka dengan kedunian semata mata.

Kita mencari bertungkus lumus untuk benda yang sementara dan meringankan tuntutan untuk bekalan di alam yang kekal. Kita korbankan banyak benda untuk keduniaan, walhal kita hanya perlu korban masa yang juga dipinjamkan untuk kita beribadah.

Sedangakan nyawa kita pun dipinjamkan Allah, inikan pula harta benda...

Fikirkan sejenak, dalam kita mencari kebendaan apa yang telah kita korbankan dan apa dan siapa yang terkorban. Bagaimana masa yang diperuntukkan untuk anak anak, kalau kurang tambahlah. Ini lah bekalan kita selepas kita tiada didunia ini. Kalau tidak laburkan sekarang macamana nak tuai hasilnya.

Banyak lagi yang kita korbankan.. Ketenangan, kesihatan dan lain lain.

Ramadhan ini, kita tekad kutip semula serpihan serpihan yang berciciran, kita tangkupkan semula dengan tekad dan azam.. Insyaallah


 

Saturday 6 August 2011

Negara ku

Mewahnya negara ini, orang asing datang berduyun-duyun bekerja. Ku lihat ramai pendatang Bangla yang mencari rezeki dan seterusnya mempunyai kekukuhan ekonomi dengan berniaga ramai yang telah berkereta, motosikal menjadi perkara biasa.

Pendatang Pakistan, Indon dan lain lain lagi tak kurang berkemampuan seperti berkereta dan bermotosikal. Ramai pendatang dari Afrika yang berniaga disini.

Keadaan ini membuat kita berfikir, apakah peluang yang terujud ini begitu melimpah sehingga pendatang melimpah merebut segala kesempatan.

Tetapi dimanakah rakyat tempatan, adakah kita terlalu selesa didalam kepompong sendiri yang dipanggil "comfort zone", sehingga tidak melihat keluar dan merebut segala kesempatan dan peluang yang terdedah?

Apakah keadaan kita lebih kompleks dari yang kita fikirkan? Adakah kita sentiasa merebut peluang yang tak tercapai oleh kemampuan kita sendiri. Adakah kita sentiasa dihaluakan oleh projeck yang menjanjikan keuntungan yang berlipat ganda dalam masa yang singkat.

Perniagaan kecil yang sukar dan tidak menjanjikan pulangan berjuta dalam masa yang singkat langsung tidak menarik perhatian warga sendiri. Sekiranya ini menjadi fenomenanya maka bayangkan apakah nasib generasi akan datang.

Perlu kita fikirkan dari segala sudut, apakah sebab musabab kurangnya pembabitan warga kita (apakah benar kurang?), apakah rintangan-rintangan yang menyebabkan kegagalan atau lemahnya daya momentum warga kita dipersada ini.

Perniagaan tidak hanya memerlukan modal dan perancangan, tapi semangat dan ketahan diri dan mental paling utama.

Bagi peniaga yang menceburi diawal perniagaan, dengan modal yang sedikit dengan pengetahuan yang cetek, tanpa pengalaman yang tebal, hanya semangat dan kekentalan diri yang menemani. Kesukaran mendapatkan sokongan modal diawal perniaaan menambahkan perit. Mungkin inilah faktor yang menyebabkan ramai yang kecundang di tengah jalan.

Memang banyak yang kita dengar bantuan dan tabung yang tersedia, tetapi senangkah kita mendapatkan segala peruntukan itu?  Akan kita kupaskan sedikit demi sedikit,,,

Friday 5 August 2011

Terus Berjalan

Kini, 8 tahun aku mengharungi perit getir sebagai peniaga kecil. kegetiran yang tidak terucap dengan kata kata. Jika dituturkan berhari lamanya untuk kuluahkan segala yang terbuku.

Aku tetap berjuang meneruskan perjuangan ini, bukan untuk aku saja, tapi untuk seluruh warga kerja yang telah bertungkus lumus bekerja untuk mencari nafkah untuk keluarga. Berat kurasa tanggung jawab ini untuk memastikan makanan tersedia di atas meja mereka.

Ramadhan ini, seperti sebelum-sebelumnya, kerisauan tetap mendatang, apakah Aidilfitri ini menjadi Aidilfitri terbaik atau sebaliknya. Alhamdulillah, sesukar mana pun, tetap kusediakan sedikit penghargaan untuk warga kerja, walau pun tidak sebesar mana, tapi cukuplah untuk menyambut Aidilfitri seadanya.

Harapan ku, semoga Aidilfitri ini akan menjadi lebih baik dari sebelumnya. Dan semestinya Ramadhan ini tetap menjadi yang lebih baik dari yang sebelumnya

The Chosen Path

Dedication This wrinting is dedicated to my family that continuously pray for my well being and success. To my children that understand t...