Monday 22 August 2011

HARI RAYA AIDIL FITRI

Hari raya menjelang lagi, namun tidak seindah dizaman kanak kanak, walaupun kemeriahnya mungkin lebih dari dulu.

Waktu dulu, hari raya memang dibetul betul dirayakan, masa inilah dapat makan makanan yang tidak kita makan pada hari hari biasa. Ayam dan daging adalah makan mewah yang dimakan pada sambutan dua hari raya dan majlis kenduri kahwin.

Kini hari hari kita makan ayam. Sampaikan kita pun tak tahu nak beli apa kat bazar ramadhan. Ayam sudah menggantikan fungsi ikan dalam diet kita sehari hari. Nasi ayam, nasi tomato - ayam, nasi beriani- ayam, nasi kerabu -ayam.. burger-ayam.

Baru baru ini terkejut dengan berita 60% ayam disembelih di Johor diragui kehalalannya..

Tidak tidak mendengar segala NGO melayu dan Islam melompat dalam isu ini. Semuanya lebih tertarik menjadi jaguh dalam isu politik sahaja kah?

Mana perginya pejuang Islam, begitu juga dengan isu pembuagan bayi, hari ini terpampang esok sudah basi. Apakah tindakan kita? Apakah ini langsung tidak penting? Bukan agenda Negara? Apakha pembangunan insan yang dilaungkan mempunyai kriteria yang ini tak apa dan yang ini ok lagi?

Kemana perginya menteri yang bertanggung jawab untuk memastikan semua ini dapat diperbendungkan. Apa pelan tindakan yang telah diambil dan akan diambil? Tindakan yang telah diambil, sejauh mana keberkesanan dan apa langkah selanjutnya?

Kalau agak susah untuk memikirkan dalam kelompok yang kecil, jemput para agamawan dan sama sama memikirkan satu agenda bagi membendung gejala ini.

Pada hari dan bulan yang baik ini, bagaimana agaknya golongan yang berpendapatan rendah. Golongan yang berpendapatan dibawahRM2000 dan mempunyai 5 atau 6 orang anak. Hari ini pendapatan sebegini bukan lagi tergolong dalam berpendapatan sederhana, tapi sudah jatuh ke kategori berpendapatan rendah.

Bayaran rumah, kereta, dan lain lain meninggalkan baki yang tidak seberapa. Suntikan kewangan dari kad kredit, gadaian, pinjaman peribadi dan lain lain menjadi pilihan yang utama pada masa ini. Bebanan ini menyebabkan kualiti dan kuantiti masa yang diperuntukkan bersama keluarga berkurangan.

Kerja lebih masa, melakukan dua kerja pada satu hari menjadi fenomena biasa pada hari ini. Walaupun rata rata umum sedar bahawa apa yang dikejar hanya sementara namun keperluan asas memaksa ianya berlaku. Apakah jika ini dibiarkan terus, suatu masa nanti masa bersama keluarga di Aidil Fitri hanya akan jadi hari cuti umum biasa sahaja suatu hari nanti.

Sempena dengan Aidilfitri ini kita bertekad untuk mengubah diri dan persepsi agar kuantiti yang kita cari melahirkan kualiti yang kita hasilkan. Tidak ada lagi masalah masalah sosial yang makin lama sudah tidak memberikan kesan kepada minda kita, hanya sekadar menjadi halua telinga.




No comments:

Post a Comment

The Chosen Path

Dedication This wrinting is dedicated to my family that continuously pray for my well being and success. To my children that understand t...