Tuesday 1 July 2014

DEKAT KEPADA ALAM

Minggu lepas sekali lagi aku ke Taman negara Endau Rompin, kali ini masuk dari Sungai Selai Bekok Labis Segamat. Dua Tahun lepas aku masuk dari Kampung Peta, Kahang Kluang.
Perjalanan kali ini tidak begitu dirancang, hanya sekadar mencari tempat untuk bertemu dengan geng lama, yang telah bersama camping diatas gunung panti hampir 11 tahun lepas.

Suasana di Selai tidak begitu menarik berbanding  di Kampung peta, mengikut kakitangan taman negara, banjir besar akhir tahun 2011 menyebabkan keadaan berubah sama sekali, Aku telah dimaklumkan dua tahun dulu yang Selai menawarkan panorama yang lebih indah. Tapi kini tidak lagi, munkin sekali lagi banjir besar mampu mengembalikan keindahan itu semula, seperti kata pepatah, sekali air bah sekali pantai berubah.

Menyingkap kembali kembara ke  Taman Negara endau Rompin melalui kampung peta dua tahun lepas, benar benar membawa pengalaman yang berbeza. Merentasi perjalanan dari luar jalan besar Kahang ke Kampung Peta yang jaraknya 50km mengambil masa hampir 4 jam. Lelah perjalanan yang panjang terubat dengan pemandangan dan kesegaran udara setiba di Kampung Peta.

Suasana yang hening jauh dari kesibukan dan panggilan dan deringan telephone dan hand phone begitu indah sekali. Betapa kita mengikat hidup kita dengan gadget ini. Sungai yang mengalir sempurna dan kedalaman yang cukup cukup untuk bot penumpang yang dikemudi orang asli melaluinya. Kagum melihat bagaimana bot dikemudikan merentasi beting pasir dan celahan tunggul kayu.

Perjalan merentasi denai ke lokasi lokasi menarik ke Kuala Jasin, melihat kelah berenang. Melihat air terjun, berenang di Tasik Biru. Berjalan berjam jam langsung tidak meletihkan.

Keindahan alam sentiasa menggamit, kecintaan kepada alam mendekatkan kita kepada Pencipta.

No comments:

Post a Comment

The Chosen Path

Dedication This wrinting is dedicated to my family that continuously pray for my well being and success. To my children that understand t...