Monday 7 July 2014

POLITIK??

Syabas Malaysia benar benar sebuah negara demokrasi. pemimpin pemimpinnya berpolitik siang malam sepanjang tahun. tak kira dimana mana hingga kedalam masjid. Orang dulu dulu sanggup buat wakaf di tepi masjid untuk memisahkan becakap hal keduniaan dari masjid.

Parti yang memerintah perlu menukar coarak berpolitik pemimpin pemimpinnya. Pembahagian masa bagi menteri untuk negara dan parti mesti lebih terurus. Sepatutnya menteri menggunakan hanya 5 peratus masanya untuk parti. Sebab itulah adanya setiausaha politik. Menteri perlu peruntukkan lebih masa untuk negara gembeling seluruh tenaga untuk kemajuan negara. Menteri perlu memikirkan kaedah kaedah yang baik untuk memajukan negara dan meringankan beban rakyat.

Kesusahan rakyat adalah kegagalan pemerintah. Rakyat akan hidup sejahtera jika pemerintah bekerja dengan baik. Menjadi pemimpin adalah untuk semua. Bukan untuk suku suku yang menyokong. Kewajipan pemerintah untuk semua rakyat, jika ia tak terbatas untuk agama dan kaum kenapa perlu terbatas untuk penyokong dan bukan penyokong.

Sekiranga dilantik menjadi menteri anda adalah milik negara dan bukan milik parti sepenuhnya. Sebaliknya di Malaysia apabila dilantik, menteri-menteri berpolitik bagi memastikan kedudukanya kekal dan mahu keatas lagi. Wahai pak menteri, jangan risau pasal kedudukan bekerjalah dengan jujur untuk negara, biarlah kedudukan kamu dikekalkan atas sebab kebolehan kamu bekerja.

Wahai pengikut pak menteri, sokonglah dia atas kebolehannya, bukan atas dasar sokong membawa rebah. Masa depan negara dan generasi akan datang berada diatas tangan kita semua..  

No comments:

Post a Comment

The Chosen Path

Dedication This wrinting is dedicated to my family that continuously pray for my well being and success. To my children that understand t...