Tuesday, 1 July 2014

DEKAT KEPADA ALAM

Minggu lepas sekali lagi aku ke Taman negara Endau Rompin, kali ini masuk dari Sungai Selai Bekok Labis Segamat. Dua Tahun lepas aku masuk dari Kampung Peta, Kahang Kluang.
Perjalanan kali ini tidak begitu dirancang, hanya sekadar mencari tempat untuk bertemu dengan geng lama, yang telah bersama camping diatas gunung panti hampir 11 tahun lepas.

Suasana di Selai tidak begitu menarik berbanding  di Kampung peta, mengikut kakitangan taman negara, banjir besar akhir tahun 2011 menyebabkan keadaan berubah sama sekali, Aku telah dimaklumkan dua tahun dulu yang Selai menawarkan panorama yang lebih indah. Tapi kini tidak lagi, munkin sekali lagi banjir besar mampu mengembalikan keindahan itu semula, seperti kata pepatah, sekali air bah sekali pantai berubah.

Menyingkap kembali kembara ke  Taman Negara endau Rompin melalui kampung peta dua tahun lepas, benar benar membawa pengalaman yang berbeza. Merentasi perjalanan dari luar jalan besar Kahang ke Kampung Peta yang jaraknya 50km mengambil masa hampir 4 jam. Lelah perjalanan yang panjang terubat dengan pemandangan dan kesegaran udara setiba di Kampung Peta.

Suasana yang hening jauh dari kesibukan dan panggilan dan deringan telephone dan hand phone begitu indah sekali. Betapa kita mengikat hidup kita dengan gadget ini. Sungai yang mengalir sempurna dan kedalaman yang cukup cukup untuk bot penumpang yang dikemudi orang asli melaluinya. Kagum melihat bagaimana bot dikemudikan merentasi beting pasir dan celahan tunggul kayu.

Perjalan merentasi denai ke lokasi lokasi menarik ke Kuala Jasin, melihat kelah berenang. Melihat air terjun, berenang di Tasik Biru. Berjalan berjam jam langsung tidak meletihkan.

Keindahan alam sentiasa menggamit, kecintaan kepada alam mendekatkan kita kepada Pencipta.

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN KAREEM 2014

Alhamdulillah, Ramadhan datang lagi. Seperti tahun-tahun sebelumnya, harapan agar ramadhan ini menjadi lebih baik, penuh makna dan diisi dengan ibadah seperti yang disunahkan.

Setiap kali ramadhan, tak lari dari kegusaran, akan berayakah anak anak seperti anak orang lain, boleh belikah kasut dan pakaian baru untuk raya. Keyakinan dan pasrah sentiasa yang terbaik. Diharap tahun ini seperti tahun tahun lain juga, dilimpahkan Allah rezeki untuk menyambut dalam kesederhanaan dan dapat menziarah ibu dan keluarga dikampung.

Tahun ini tidak seperti tahun sebelumnya. Kegawatan ekonomi peribadi begitu meruncing. Bertahan, bertahan dan bertahan sambil mencari alternatif lain bagi meneruskan pencarian rezeki dibumi Allah ini.

Doa dipanjatkan agar Allah mempermudahakan segala urusan.. Ya Allah berilah aku keampunan, kejayaan, kekayaan wang ringgit dan hartabenda, keberkatan, keimanan, ketaqwaan dan kesihatan bagi meneruskan kehidupan yang baik didunia ini dan diakhirat. Inilah doa yang dipanjatkan sepanjang hari agar suatu hari nanti akan dimakbulkan Allah..amin..


Wednesday, 22 January 2014

KANG KUNG KANGKUNGAN

Kang kung menjadi satu topik yang hangat dewasa ini. Kalau kangkung boleh berbicara dan berfikir, sudah pasti kangkung akan minta royalti dari akhbar dan media.

Nama kangkung sudah lama menjadi akronim bagi sifat yang lemah malas berfikir dan bodek membodek, blogger Tukar Tiub selalu mengassociatekan perkara ini untuk prof kangkung dalam negara ini.

Seolah olah sumpahan kangkung sudah terkena kepada pemerintah negara ini, apabila menteri menteri sering memberikan jawapan ala ala kangkung dalam setiap tindakan oleh kerajaan.

Malaysia dikejutkan apabila PM sendiri mengambil kangkung sebagai contoh harga pasaran, memang kang kung lah pemerintahan Malaysia. Sumpahan kang kung memang telah terkena kepada PM.

Menambahkan legasi kangkungan pmerintah, apabila menteri menterinya yang sepatutnya mengerah usaha dan pikiran mencari penyelesaian meningkatkan kemajuan negara, hanya sekadar turun ke pasar memantau harga barangan, turun ke operasi menangkap PATI.

Berbaloikan wang rakyat dibazirkan membayar lawmaker seperti ini? Apakah kebolehan berfikir sudah terhakis sama sekali bagi pak menteri?

Sedih sekali apabila, cara penyelesaian diambil seperti ini. Sedih sekali apa bila sikap pemerintah yang suka melopongkan pikiran rakyat. Sampai bila harus rakyat diperbodohkan?


Sunday, 3 February 2013

Mencari Cahaya Dihujung Terowong

Mengharap dan terus mengharap. Samapai bilakah keadaan ini akan berterusan, tiada usaha lagi yang dapat difikirkan.

Kini semuanya hanya penantian. Aku sanggup menanti. Bagaimana orang-orang disekeling? keluarga, pekerja, pembekal? Apakah mereka sanggup setia menanti.

Ku serahkan semuanya kepada Allah. Jalan yang difikirkan semakin mengecil dan menuju ke jalan mati. Terowong yang lalui semakin jauh dari mulutnya. Semakin menjengah jauh ke dalam terowong semakin gelap, Tiada lagi samar cahaya dari mulut terowong. kini terowong gelap gelita didalamnya.

Berpatah balik? Banyak yang telah dikorbankan dan terkorban sepanjang perjalanan ini. Tidak mungkin untukku berpatah balik. Kegelapan ini perlu ku tempuh. Walau panjang jaraknya sekalipun, akan ku teruskan.

Tetap ada cahaya dihujung terowong. Aku yakini itu. Allah tidak zalim kepada hambaNya, tetapi hambaNya yang menzalimi diri mereka sendiri.

Perjalanan akan ku teruskan sambil bermuhasabah diri, membersihkan diri. Mendekatkan diri kepada Nya. Dimanakah silapnya. Dugaan yang amat perit, sesekali rasa tidak tertanggung. Bersyukur kerana bersisa sedikit keinsafan akan rahmat Allah.

Sokongan, orang yang rapat sedikit sebanyak membantu, menghilangkan rasa penat. Terima kasih tak terhingga kerana memahami dan kommitmen yang diberikan amat amat dihargai. Biarpun jauh, tapi amat bermakna sekali dalam perjalanan ini.

Berjalan dalam kegelapan, keseorangan, kesunyian. Tidak akan ada pertimbangan yang wajar. Keputusan yang bercelaru.

Ketika ini, perhatian dan kasih sayang amat diperlukan. Umpama mengairi tanah yang gersang kerana kemarau yang berpanjangan. Kasih sayang memang penawar segalanya. Dapatkah aku cari?

Apakah perjalanan ini menjadi pencarian dua matlamat? Kasih sayang, elemen penyokong yang penting. Dengan sokongan, matlamat akan dapat dicapai. InsyaAllah ada cahaya dihujung terowong.


Sunday, 12 August 2012

Dugaan oh Cubaan datanglah Kerahmatan

Hari raya makin menjelang. Bayang payment pun belum ada, panggilan dem panggilan dari supplier diterima. Kuserahkan kepada Allah, semua usaha telah kujalankan, call, sms dan doa.

Semenjak bergelumang dalam dunia dagang ini, tahun ini kurasakan paling teruk aku menghadapi hari raya. sedih kulihat anak anak yang persiapannya tidak seperti orang lain, harap dihari terakhir nanti dapatlah aku menghadirkan apa yang seadanya untuk mereka.

Pekerja-pekerja aku? mungkin merasa cuak dengan keadaan ini? Ya Allah, hanya kepadaMu ada memohon pertolongan dan hanya  Engkaulah yang boleh membantuku.

Apakah begitu malap sekali hidup ini? Dugaan mendatang semakin tak tertanggung. Ya Allah berikanlah aku kekuatan.untuk menghadapi dugaan Mu.

 Ya, Allah di bulan yang mulia ini yang penuh dengan keberkatan, Kau permudahkan lah segala urusan dunia dan akhiratku.

Ya Allah, berikan aku kejayaan dunia dan akhirat, kekayaan dunia dan akhirat, keimanan, ketaqwaan, keberkatan, dan kesihatan.

Alangkah baiknya sekiranya masa susah begini, ada insan yang sama sama berkongsi dan memahami dan sama sama memikirkan jalan yang terbaik untuk permasalahan ini.


Sunday, 5 August 2012

Sudah Setahun

Ramadan dah hampir melabuhkan tirainya, Aidil fitri bakal menjelma. Sudah setahun, blog ini berusia. Walaupun sekadar mencuri masa dan ketika untuk menulis, tapi blog ini lebih kepada medium luahan sendiri dan untuk diri sendiri.

Dalam waktu yang terbatas dan bukan layaknya menulis, tapi kepuasan melihat hasil yang serba kekurangan ini umpama melihat benih yang disemai mula berdaun. Tanpa baja dan berhatian yang khusus semestinya pokok yang terhasil agak terbantut tumbesarannya.

Ramadhan tahun ini cuba dilalui dengan keazaman untuk menjadikan, ramadhan ini yang lebih baik dari yang sebelumnya dan sudah tentu bukan lagi yang terbaik. Dalam menuju kearah pembaikan prestasi dalam menghadapi bulan yang indah yang penuh dengan keberkatan, kita menggarapkan usaha, agar ianya menjadi routine yang akan diteruskan dalam hari hari dan bulan bulan mendatang.

Perjalanan dalam bulan yang penuh rahmat ini, terasa cepat tapi mempunyai ruang yang terasa luas bagi kita beribadat. Dibulan lain terasa waktu begitu terbatas dan berlalu dengan pantas.

Apakah masih ada Ramadhan lagi?

Wednesday, 9 May 2012

KEMANA ARAH KITA

Masih hangat diperkatakan mengenai perhimpunan BERSIH 3.0 baru baru ini.  Penafian dan pendakwaan terus kedengaran. Tapi rakyat Malaysia telah matang, cuma pemerintah sahaja yang masih belum matang. Jiwa dan corak pemerintahan masih ditakuk lama. Jiwa mereka masih diera penjajahan, gagal untuk berubah. gagal untuk mencerminkan diri.

Tidak perlu penafian yang berulang:- membuatkan orang ramai meluat dan loya. Apakah dengan title penguatkuasa undang undang juga memperolehi license to  kill?

Rasanya pihak pengurusan penguatkuasa undang undang perlu memikirkan dan melaksanakan ujian psikologi dan kaunseling untuk anggota mereka. Cara mereka bertindak tidak mencerminkan sebagai seorang yang rasional dan tidak mencerminkan sebagai seorang yang beragama Islam?

Apakah hati mereka itu begitu keras dan gelap sehinggakan sanggup memukul dengan membabi buta, tidak perlu penafian dan alasan. Atas apa jua alasan orang ramai tidak boleh terima perilaku penguatkuasa yang bertindak tanpa peri kemanusian. Jangan salahkan orang ramai sekiranya selepas ini persepsi mereka terhadap penguatkuasa terus menjadi semakin negatif.

Bagaimana untuk mentadbir dengan baik sekiranya penguatkuasaan menjadi persoalan dan pertikaian?

Dalam keghairahan mengekalkan tampuk kuasa, manusia menjadi buta. Buta dalam memahami dan menghargai akan sumbangan orang ramai dalam kekuasaan mereka. Tanpa rakyat tiadalah kerajaan maka jadilah kera sumbang.

Apakah tuntutan orang ramai langsung tidak terguris di hati mereka? Tak terkesan mungkin. Sampai begitukah sekali bongkaknya mereka. Biarkan mereka terjun dengan labu labunya.

Rakyat telah celik, keluarkanlah apa isu jua sekarang ini, rakyat tidak peduli lagi. Inilah balasan dari Allah untuk orang yang bongkak.

Wahai pemimpin, usah diungkitkan jasa jasa kamu. Kamu dipilih untuk berjasa dan berkhidmat. Jika kamu rasa kamu telah memberikan yang terbaik, syukurlah sekurang kurangnya kamu telah menunaikan tanggungjawab kamu. 

Dengarlah dan perhalusilah apa yang dituntuti rakyak. Untuk menjadi pemerintah yang disukai, senang. Untuk di benci, lagi senang. Jadi berlaku adil dan sekurang kurangnya menjadi pendengar yang baik..

The Chosen Path

Dedication This wrinting is dedicated to my family that continuously pray for my well being and success. To my children that understand t...