RESEPI RAMADAN
|
Menu:
|
Ayam Panggang Bermadu
Bahan-bahan:
1kg kepak ayam 1 senduk besar minyak bijan 2 senduk besar madu (kalau u suka manis, tambahkan lagi ) sedikit serbuk lada sulah (sesuka hati, siapa yang suka pedas, tambahlah lagi) sedikit garam secukup rasa
Cara memasak:
Gaulkan ayam bersama madu, minyak bijan, serbuk lada sulah & garam hingga rata. Perapkan semalaman atau lebih dan selepas tu, boleh lah dipanggang ayam tu.....
atas
Udang Masak Serai Wangi
Bahan-bahan:
600 gm udang harimau - digoreng setengah masak 4 batang serai 100 gm cili kering 100 gm bawang merah 100 gm cili merah 70 gm bawang putih 70 gm halia muda 3 sudu besar pati asam jawa 30 gm belacan bakar 100 gm pati santan Garam dan gula secukup rasa
Cara memasak:
atas
Ikan Siakap Kukus
Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap sederhana besar 3 sudu besar sos tiram 2 susu besar sos cili 2 susu besar sos tomato 1 sudu gula 4cm halia - dimayang 3 ulas bawang putih - dimayang 3 ulas bawang besar - dimayang 3 tangkai daun sup(saderi) 1/2 biji limau nipis garam secukup rasa
Cara memasak:
atas
Ikan Masak Berlada
Bahan-bahan:
3 ~ 4 ekor ikan sembilang 10 biji cili merah - dikisar 2 batang serai - dititik 1 ulas bawang besar - dimayang kasar 2 ulas bawang putih - ditumbuk 1 inci halia - ditumbuk air limau kasturi sedikit garam dan gula secukup rasa
Cara memasak:
atas
Ikan Kerapu Masak Asam Manis
Bahan-bahan A:
1 ekor ikan kerapu 120gram tepung jagung 1 biji telur ayam Sedikit minyak (untuk goreng) Garam secukup rasa
Bahan-bahan B:
5 ulas bawang merah - dikisar 5 ulas bawang putih - dikisar 3cm halia 1 batang serai - dititik 1 helai daun pandan 3 sudu cili sos 1 sudu cili giling Sedikit kunyit hidup 3 sudu tomato sos 3 cawan air Sedikit cuka masak Garam secukup rasa
Cara memasak:
Untuk hiasan:
Bawang besar, cili merah, gree pepper, nanas dan timun.
atas
Ayam Masak Cendawan Ala Cina
Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam 8 keping Cendawan hitam - direndam 1/2 jam 1 inci halia - dihiris 1 biji bawang besar - dihiris 6 ulas bawang putih - dicincang 4 ~ 5 tangkai cili padi Sedikit kicap lemak manis Sedikit sos tiram
Cara memasak:
atas
Pajeri Nenas
Bahan-bahan:
Rempah tumis (Kulit kayu manis,bunga lawang, pelaga) Sedikit serbuk kunyit 4 biji bawang merah ] 2 biji bawang putih ] Dihiris memanjang Biji sawi gula sikit garam secukup rasa Lada merah/&hijau dibelah memanjang (jgn sampai putus) Nenas dipotong bulat dan 4, rebuskan dan ditoskan air
Cara memasak:
atas
Mee Hailam
Bahan-bahan:
1 kg mee/kueh teow/mee hoon (6/8 orang) 6 biji bawang putih (tumbuk/penyekkan) rencah ayam/udang/sotong sos tiram garam secukup rasa 6 biji cili api 3 sudu besar tepung jagung (cairkan dalam setengah cawan air sejuk) sayur (kobis bunga/sawi/carrot/baby corn)
Cara memasak:
atas
Ketam Bertelur
Bahan-bahan:
2 ekor ketam yang agak besar dibuang kulit yang keras tu dan dibelah dua. 3 sudu sos tiram 3 sudu sos cili 3 sudu cili yang dah diblend 7 ulas bawang merah 1 ulas bawang putih yang agak besar sepotong halia sebiji telur garam sedikit gula sedikit minyak untuk menumis bawang besar
Cara memasak:
atas
Ayam Kepak Masak Minyak Bijan
Bahan -bahan:
Beberapa ketul kepak ayam/drumstick ke apa2 lah Sesame oil/Minyak bijan Serbuk lada hitam Fish sauce/Sos ikan Bawang putih 5 ulas ( Potong nipis2) Sos tiram
Cara memasak:
atas
Nehari (Kari Kambing Kashmir)
Bahan-bahan:
1 camca besar garam masala 4 ulas bawang putih dicincang halus 2 cm halia dicincang halus sedikit garam 2 camca kecil serbuk cili 1 camca besar serbuk ketumbar 1/2 camca kecil serbuk buah pala 1 camca besar serbuk jintan kasar 1 camca besar paparika 4 labu bawang besar dihiris nipis 1kg daging kambing didadu ( Bahagian kaki ) 150ml Tairu 2 camca besar tomato puri 1/2 cawan kacang dhal direbus sampai lembut dan dimesin 1/2 cawan daun ketumbar dicincang halus 2 biji cili hijau dihiris Minyak Vesawit untuk menggoreng Air secukupnya Garam secukup rasa
Cara memasak:
atas
Ikan Tiga Rasa
Bahan-bahan
1 ekor ikan siakap / kerapu sedikit bawang putih (ditumbuk) 1 inci halia 2 biji tomato (agak masak) 6 biji cili merah 10 biji cili padi 2 sudu sos tiram 2 sudu sos cili 1 sudu sos tomato sedikit gula, garam bhn utk dikisar
Cara memasak:
atas
Ikan Pari Lemas!!!!
Bahan A:
1 bahagian ikan pari yang telah di potong (sederhana besar) - di basuh bersih - sediakan besen sebagai acuan untuk kertas timah yang boleh di muatkan dengan ikan pari tadi, kemudian lapik dengan kertas timah 3-4 helai, biar tebal sikit supaya tak koyak. Biarkan kertas timah tu besar macam nak balut hemper! supaya senang nak balut ikan pari tu. - letak ikan pari ke atas acuan kertas timah. (biarkan dulu ikan tu releks)
Bahan B:
5 biji bawang putih di hiris nipis dan dipotong memanjang (macam batang mancis) 2 biji bawang besar di belah dua dan di mayang halus 2 batang serai di mayang halus 1 helai daun limau purut di koyak empat 25 biji cili padi di mayang halus halia sebesar ibu jari kaki di hiris nipis dan di potong memanjang 1biji cili besar (merah) di mayang dan dicincang halus 3 sudu besar minyak masak 2 sudu besar sos minyak ikan sedikit ajinamoto 1/2 sudu kecil garam 1/4 sudu kecil gula
Bahan C:
10 biji limau kasturi
Cara memasak:
Campurkan kesemua bahan B, dan gaul sehingga rata, kemudian masukkan kedalam bahan A. barulah bahan C di perah keatasnya, balut ikan pari tadi dengan rapi dan kemas. biarkan selama 15 minit untuk dia mesra dengan kesemua bahan-bahan tadi. lepas tu kukus/bakar selama 20 minit
atas
Tandoori Kurau
Bahan-bahan:
3 keping ikan kurau 1 biji liamu purut 1 sudu besar halia (dicincang halus) 2 biji bawang putih (dicincang halus) 5 sudu besar yoghurt 1 sudu kecil serbuk cili 10 gm serbuk ketumbar 10 gm jintan halus Setangkai daun ketumbar (dipotong halus) Garam dan lada hitam secukup rasa 2 sudu besar minyak sapi
Cara:
atas
Tom Yam
Bahan-bahan:
Ayam - 1/4 ekor (dipotong kecil) Daging - 250 gm (dipotong kecil) Udang - terpulang pada tukang masak
Bahan A –
Blenderkan Halia 3 inci Bawang merah 6 ulas Cili api 20 biji (seeloknya yg dah masak berwarna merah)
Bahan-bahan lain
Minyak masak - 1/5 cawan Serai - 6 btg serai (diketuk) - lebih pun boleh Lobak merah - 2 btg (dipotong) Bunga kubis - 150 gram Putik jagung - 2 bungkus Tomato - 3 biji (potong 4) Bawang besar - 3 biji (potong 4) Daun limau purut - 3 atau 4 helai Limau nipis - ambil airnya, dan ikut keperluan Batang saleri - 2/3 btg dari sepokok (potong panjang 1/2 in) cili api - diketuk (jika rasa perlu untuk tambahkan kepedasan) Sos ikan - dalam 1 atau 2 sudu Air Garam Bahan perasa - jika berminat
Cara memasak:
atas
Nasi Ayam Hakka
Bahan-bahan:
1 ekor ayam segar Kicap cair (Cap Camel) Minyak Bijian Bawang merah 1 biji Bawang putih 3 biji 1 ketul kecil halia Beras 2 tin susu 1 sudu besar garam 1 sudu kecil Ajinamoto Sedikit lada putih
Cara memasak:
atas
Mee Rebus
Bahan-bahan:
1 paket mee kuning - celur
Bahan sayuran:
50 sen Taugeh - celur Sedikit daun sup - hiris nipis Sedikit daun bawang - hiris nipis Bawang goreng 4 keping tahu di goreng dan dihiris nipis. 5 biji Cili hijau - dihiris nipis Limau nipis/limau kasturi - di belah dua Telur rebus - belah dua
Bahan-bahan kuah:
Sedikit minyak untuk menumis 4 sudu cili kering yang di kisar 3 biji bawang merah - kisar 3 sudu lengkuas yang di kisar 4 batang serai dikisar halus 2 biji bawang putih - kisar RM 3 udang kering - kisar - lagi banyak lagi sedap. 300gm udang hidup - direbus dan kisar halus 1 kg ubi keledek merah - direbus dan blender halus 3 sudu gula atau secukup rasa garam secukup rasa Sedikit ajinomoto 4 sudu sos tomato Air - agak-agaklah
Cara memasak:
atas
Gulai Tempoyak Ikan Kembung
Bahan-bahan:
1 kg ikan kembung (dipotong dua) 1 ikat taugeh kasar 1 cawan tempoyak 1 batang serai 10 biji cili padi Serbuk kunyit Garam
Cara memasak:
atas
Ayam Golek Seri Pahang
Bahan-Bahan:
1 ekor ayam (dibersihkan) 300 gm bawng merah (dikisar halus) 5 cm halia (dititik) 2 sudu besar rempah kari ayam 2 keping asam gelugur 2 biji kelapa parut (diperah 3 cawan santan) Garam dan gula secukup rasa
Cara memasak:
atas
Kari Kepala Ikan
Bahan-bahan:
1 kg kepala ikan 50 gm bawang merah 30 gm halia (dikisar) 30 gm bawang putih (dikisar) 50 gm cili kering (dikisar) 50 gm ketumbar 40 gm serbuk jintan putih 30 gm serbuk kaskas 10 gm serbuk lada putih 40 gm serbuk kunyit 1 liter santan kelapa 20 gm garam 10 biji kacang bendi 6 biji terung
Cara memasak:
atas
Black Pepper Steak
Bahan-bahan:
1/2 kg daging (sebaik-baiknya batang pinang) 5 ulas bawang merah 2 ulas bawang putih 1/2 inci halia 1 sudu teh lada hitam biji (boleh juga ganti dengan 1/2 sudu teh lada serbuk, tapi rasanya kurang oomph!) 1 batang lobak merah (dihiris menyerong setebal 1/2 inci) 1/2 cawan kicap manis 1 cawan air 1 ulas bawang besar (dihiris membulat setebal 1/4 inci) 1/2 cawan cendawan butang (kalau yang sebiji-sebiji tu, belah dua. Kalau yang dah siap hiris, tak payah buat apa-apa lagi dah) 1 biji buah tomato (dibelah 4 atau 6) 1/2 sudu teh tepung jagung dicampur dengan 2 sudu besar air (untuk memekatkan kuah) 1/2 sudu teh gula atau secukup rasa 2 sudu besar minyak masak
Cara memasak:
Tips:
Stik ini enak dimakan bersama "garlic toast" dan french fries.
atas
Gulai Tempoyak Ikan Kembung
Bahan-bahan:
1 kg ikan kembung (dipotong dua) 1 ikat taugeh kasar 1 cawan tempoyak 1 batang serai 10 biji cili padi Serbuk kunyit Garam
Cara memasak:
atas
Asam Pedas Tumis (Melaka)
Bahan-bahan:
ikan serkut/tenggiri/siakap/kembung/pari/sembilang/keli tapi masak asam ni kalo melaka(sebelah merlimau)suka ikan parang rasanya lebih sedap.ikan parang 7/8 ulas bawang merah 2 ulas bawang putih sebesar ibu jari kaki belacan kunyit hidup sebesar ibu jari tangan (boleh juga gunakan kunyit serbuk) air asam jawa cili yang telah diblander(dapat yang digiling lebih sedap) 2 sudu besar kerisik(kelapa goreng) sedikit halba sedikit halia (sebesar separuh ibu jari)- agak-agak kuah dan ikan banyak mana. garam secukup rasa perasa ajinomoto jika suka.
Cara memasak:
Tips :
Masak asam sebenarnya rasa asam(masam kuahnya) dengan pedasnya mestilah seimbang.Ikannya mesti segar. Gunalah ikan parang next time guna ikan lain...rasalah bezanya anda akan tahu....Tumisan lada dan bawangnya mesti garing (jangan sampai hangit) jika tak tak sedap...
atas
Soto Ayam
Bahan A
1 ekor ayam di potong ikut suka 3 biji bawang besar (potong 4) 5 ulas bawang putih (di ketuk je) 2 inci halia (di mayang) 2 ketul sub bunjut (cap apa pun tak kisah) sedikit kayu kayan (bunga cengkeh, bunga lawang, kayu manis)
Cara memasak:
Bahan B
10 bijik bawang merah
Cara memasak:
Bahan c
Daun sup dan daun Bawang Di potong dan masukkan dalam sup tu.
Sambal kicap
Bahan-bahan:
20 bijik cili api 2 bijik limau kasturi (kalau limau nipis 2 belah) 2 ulas bawang putih kicap sikit gula
Cara:
atas
NASI PAPRIK
Bahan-bahan:
5 pinggan nasi putih panas 1/2 kilo isi ayam/daging 6 biji cili api, dihiris 3 ulas bawang merah, dimayang halus 2 ulas bawang putih, dimayang 1/2 btg serai dihiris 5 sudu sos cili 2 sudu sos tomato 1 sudu sos tiram 3 btg kacang panjang dipotong 2 sudu bawang goreng Garam secukup rasa sedikit minyak masak
Cara memasak:
atas
Nasi Dagang
Bahan-bahan:
5 cawan beras nasi dagang ATAU (3 cawan beras pulut + 2 cawan beras biasa) 2 cawan santan pekat 4 cawan santan cair 2 sudu besar halba 10 ulas bawang merah kecil, mayang halus 6 ulas bawang putih, mayang halus 1½ inci halia, dihiris halus (seperti batang mancis) Garam dan gula secukup rasa.
Cara memasak:
Gulai ikan tongkol (atau ayam) untuk nasi dagang
Bahan A
Dua ekor ikan tongkol sederhana besar 5 keping asam gelugor 2 inci halia, ditumbuk kasar 3 ulas bawang merah kecil, ditumbuk kasar 3 ulas bawang putih, ditumbuk kasar Sesudu makan garam dan sesudu teh gula Air untuk merebus (sekadar menutup ikan, lebihkan seinci)
Bahan B
Santan pekat dari satu biji kelapa 3 keping asam gelugor 5 ulas bawang merah kecil, ditumbuk 4 ulas bawang putih, ditumbuk 1 inci halia, ditumbuk Satu peket rempah kari Adabi, dibuat pes Satu sudu makan cili boh (kalau tak suka pedas, tinggalkan) 1 cawan santan cair, dibancuh dengan sesudu makan asam jawa. 2 sudu makan gula merah/ kabung/ melaka (atau kalau di Kelantan dipanggil "manisan") Garam secukup rasa Minyak untuk menumis
Cara memasak:
Rebus bahan A sehingga masak, dan renihkan selama setengah jam, kemudian ambil ikan sahaja dan ketepikan. Pijarkan minyak di dalam periuk Tumiskan bawang, bawang putih dan halia, sehingga naik bau Masukkan rempah kari dan cili boh (jika guna) dan goreng sehingga keluar minyak Masukkan santan cair yang telah dicampur dengan asam jawa dan ikan (ketepikan sekeping untuk sambal kelapa). Biarkan mendidih Masukkan santan pekat dan asam gelugor Bila mendidih masukkan gula merah Masukkan garam dan sesuaikan rasanya (kalau sudah masam, keluarkan asam gelugor) Biarkan renih selama 15 minit sebelum dihidangkan bersama nasi dagang.
Sambal kelapa untuk Nasi Dagang
Bahan-bahan:
Kelapa parut (sebiji), disangrai sehingga perang 4 sudu makan gula kabung (manisan) Sekeping ikan tongkol rebus, asingkan isinya sahaja
Cara memasak:
Tumbuk semua bahan-bahan sedikit demi sedikit. Pastikan kelapa tidak pecah minyaknya. Kalau tidak suka terlalu manis boleh kurangkan gulanya. Hidangkan nasi dagang dengan gulai ikan tongkol dan sambal kelapa. Boleh juga dimakan dengan sambal tumis dan acar timun.
atas
Mee Bandung Muar (resepi asli Muar)
Bahan-bahan:
1 kg mee kuning 10 tangkai cili kering (buang biji dan rebus, toskan) 1 labu bawang putih (diketuk) 5 biji bawang merah ½ cawan udang kering, direbus dengan secawan air (alternatively boleh guna sotong rendam, rebus juga, ini style Mee Bandung Tanjung Agas, Muar) ½ cawan udang hidup 1 cawan daging rebus (dipotong nipis) Sawi (sukatan ikut suka, potong anggaran 1 inci) Kobis (sukatan ikut suka, hiris kasar) ¾ - 1 cawan gula pasir 3 - 4 cawan air rebusan daging 1 sudu makan sos tiram Telur ayam (mengikut jumlah hidangan) Garam secukup rasa Minyak untuk menumis Lain lain perencah e.g. daging ayam, fishballs, sotong, bunga kobis, hati rebus boleh dimasukkan mengikut individual preference. Daun sadri & daun bawang, jika suka (dihiris)
NOTE:
Mee bandung asli tidak mengandungi apa apa yang rasa masam, so, janganlah masukkan tomato puri/tomato sos/cili sos/asam jawa. Ini akan merosakkan keaslian rasanya. Ramai orang yang pandai-pandai modify mee bandung Muar ni by adding sour ingredients. Itu yang spoil tu.
Cara memasak:
Untuk menghidang (Mee bandung ni tak sedap masak in bulk, so kenalah "bancuh" sepinggan-sepinggan.)
atas
Gulai nenas ikan kering orang utara
Bahan-bahan:
1 paket serbuk kari ikan / ikan kering 1 biji nenas Isi / tulang ikan talang kering Santan garam bawang merah daun kari minyak untuk menumis
Cara memasak :
atas
Ayam Bercili masak ketumbar
Bahan-bahan:
1/2 kg ayam Serbuk kunyit gaulkan Sedikit garam 6 biji bawang kecil 3 ulas bawang putihditumbuk lumat sedikit halia 4 sudu besar biji ketumbar 1 sudu kecil jintan manis di mesin halus 4 sudu besar cili mesin/cili boh 2 asam keping
Cara memasak:
atas
Ayam Masak Lomak Cili Api Nogori Style
Bahan-bahan:
1 ekor ayam (ayam kampung/ayam daging biasa (ayam bandar)) 30 ulas cili api/padi (ikut suka - kalau tak tahan pedas boleh kurangkan sikit) 1 inci kunyit hidup 2-3 batang serai (dititik) santan (dr sebiji kelapa) 2-3 ulas bawang putih & merah (utk ayam bandar saja - hilangkan bau hanyir)
Cara memasak:
Nota:
Kalau suka kentang, boleh masukkan selepas masukkan santan kedalam kuali dan kecilkan api supaya ia cepat empuk.
atas
|
Samsun
|
Blog ini berkisar tentang perjalanan hidup, pemerhatian pada keadaan, alam dan politik semasa mengikut pandangan penulis sendiri
Tuesday, 1 July 2014
RESEPI
DEKAT KEPADA ALAM
Minggu lepas sekali lagi aku ke Taman negara Endau Rompin, kali ini masuk dari Sungai Selai Bekok Labis Segamat. Dua Tahun lepas aku masuk dari Kampung Peta, Kahang Kluang.
Perjalanan kali ini tidak begitu dirancang, hanya sekadar mencari tempat untuk bertemu dengan geng lama, yang telah bersama camping diatas gunung panti hampir 11 tahun lepas.
Suasana di Selai tidak begitu menarik berbanding di Kampung peta, mengikut kakitangan taman negara, banjir besar akhir tahun 2011 menyebabkan keadaan berubah sama sekali, Aku telah dimaklumkan dua tahun dulu yang Selai menawarkan panorama yang lebih indah. Tapi kini tidak lagi, munkin sekali lagi banjir besar mampu mengembalikan keindahan itu semula, seperti kata pepatah, sekali air bah sekali pantai berubah.
Menyingkap kembali kembara ke Taman Negara endau Rompin melalui kampung peta dua tahun lepas, benar benar membawa pengalaman yang berbeza. Merentasi perjalanan dari luar jalan besar Kahang ke Kampung Peta yang jaraknya 50km mengambil masa hampir 4 jam. Lelah perjalanan yang panjang terubat dengan pemandangan dan kesegaran udara setiba di Kampung Peta.
Suasana yang hening jauh dari kesibukan dan panggilan dan deringan telephone dan hand phone begitu indah sekali. Betapa kita mengikat hidup kita dengan gadget ini. Sungai yang mengalir sempurna dan kedalaman yang cukup cukup untuk bot penumpang yang dikemudi orang asli melaluinya. Kagum melihat bagaimana bot dikemudikan merentasi beting pasir dan celahan tunggul kayu.
Perjalan merentasi denai ke lokasi lokasi menarik ke Kuala Jasin, melihat kelah berenang. Melihat air terjun, berenang di Tasik Biru. Berjalan berjam jam langsung tidak meletihkan.
Keindahan alam sentiasa menggamit, kecintaan kepada alam mendekatkan kita kepada Pencipta.

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN KAREEM 2014
Alhamdulillah, Ramadhan datang lagi. Seperti tahun-tahun sebelumnya, harapan agar ramadhan ini menjadi lebih baik, penuh makna dan diisi dengan ibadah seperti yang disunahkan.
Setiap kali ramadhan, tak lari dari kegusaran, akan berayakah anak anak seperti anak orang lain, boleh belikah kasut dan pakaian baru untuk raya. Keyakinan dan pasrah sentiasa yang terbaik. Diharap tahun ini seperti tahun tahun lain juga, dilimpahkan Allah rezeki untuk menyambut dalam kesederhanaan dan dapat menziarah ibu dan keluarga dikampung.
Tahun ini tidak seperti tahun sebelumnya. Kegawatan ekonomi peribadi begitu meruncing. Bertahan, bertahan dan bertahan sambil mencari alternatif lain bagi meneruskan pencarian rezeki dibumi Allah ini.
Doa dipanjatkan agar Allah mempermudahakan segala urusan.. Ya Allah berilah aku keampunan, kejayaan, kekayaan wang ringgit dan hartabenda, keberkatan, keimanan, ketaqwaan dan kesihatan bagi meneruskan kehidupan yang baik didunia ini dan diakhirat. Inilah doa yang dipanjatkan sepanjang hari agar suatu hari nanti akan dimakbulkan Allah..amin..

Wednesday, 22 January 2014
KANG KUNG KANGKUNGAN
Kang kung menjadi satu topik yang hangat dewasa ini. Kalau kangkung boleh berbicara dan berfikir, sudah pasti kangkung akan minta royalti dari akhbar dan media.
Nama kangkung sudah lama menjadi akronim bagi sifat yang lemah malas berfikir dan bodek membodek, blogger Tukar Tiub selalu mengassociatekan perkara ini untuk prof kangkung dalam negara ini.
Seolah olah sumpahan kangkung sudah terkena kepada pemerintah negara ini, apabila menteri menteri sering memberikan jawapan ala ala kangkung dalam setiap tindakan oleh kerajaan.
Malaysia dikejutkan apabila PM sendiri mengambil kangkung sebagai contoh harga pasaran, memang kang kung lah pemerintahan Malaysia. Sumpahan kang kung memang telah terkena kepada PM.
Menambahkan legasi kangkungan pmerintah, apabila menteri menterinya yang sepatutnya mengerah usaha dan pikiran mencari penyelesaian meningkatkan kemajuan negara, hanya sekadar turun ke pasar memantau harga barangan, turun ke operasi menangkap PATI.
Berbaloikan wang rakyat dibazirkan membayar lawmaker seperti ini? Apakah kebolehan berfikir sudah terhakis sama sekali bagi pak menteri?
Sedih sekali apabila, cara penyelesaian diambil seperti ini. Sedih sekali apa bila sikap pemerintah yang suka melopongkan pikiran rakyat. Sampai bila harus rakyat diperbodohkan?

Sunday, 3 February 2013
Mencari Cahaya Dihujung Terowong
Mengharap dan terus mengharap. Samapai bilakah keadaan ini akan berterusan, tiada usaha lagi yang dapat difikirkan.
Kini semuanya hanya penantian. Aku sanggup menanti. Bagaimana orang-orang disekeling? keluarga, pekerja, pembekal? Apakah mereka sanggup setia menanti.
Ku serahkan semuanya kepada Allah. Jalan yang difikirkan semakin mengecil dan menuju ke jalan mati. Terowong yang lalui semakin jauh dari mulutnya. Semakin menjengah jauh ke dalam terowong semakin gelap, Tiada lagi samar cahaya dari mulut terowong. kini terowong gelap gelita didalamnya.
Berpatah balik? Banyak yang telah dikorbankan dan terkorban sepanjang perjalanan ini. Tidak mungkin untukku berpatah balik. Kegelapan ini perlu ku tempuh. Walau panjang jaraknya sekalipun, akan ku teruskan.
Tetap ada cahaya dihujung terowong. Aku yakini itu. Allah tidak zalim kepada hambaNya, tetapi hambaNya yang menzalimi diri mereka sendiri.
Perjalanan akan ku teruskan sambil bermuhasabah diri, membersihkan diri. Mendekatkan diri kepada Nya. Dimanakah silapnya. Dugaan yang amat perit, sesekali rasa tidak tertanggung. Bersyukur kerana bersisa sedikit keinsafan akan rahmat Allah.
Sokongan, orang yang rapat sedikit sebanyak membantu, menghilangkan rasa penat. Terima kasih tak terhingga kerana memahami dan kommitmen yang diberikan amat amat dihargai. Biarpun jauh, tapi amat bermakna sekali dalam perjalanan ini.
Berjalan dalam kegelapan, keseorangan, kesunyian. Tidak akan ada pertimbangan yang wajar. Keputusan yang bercelaru.
Ketika ini, perhatian dan kasih sayang amat diperlukan. Umpama mengairi tanah yang gersang kerana kemarau yang berpanjangan. Kasih sayang memang penawar segalanya. Dapatkah aku cari?
Apakah perjalanan ini menjadi pencarian dua matlamat? Kasih sayang, elemen penyokong yang penting. Dengan sokongan, matlamat akan dapat dicapai. InsyaAllah ada cahaya dihujung terowong.

Sunday, 12 August 2012
Dugaan oh Cubaan datanglah Kerahmatan
Hari raya makin menjelang. Bayang payment pun belum ada, panggilan dem panggilan dari supplier diterima. Kuserahkan kepada Allah, semua usaha telah kujalankan, call, sms dan doa.
Semenjak bergelumang dalam dunia dagang ini, tahun ini kurasakan paling teruk aku menghadapi hari raya. sedih kulihat anak anak yang persiapannya tidak seperti orang lain, harap dihari terakhir nanti dapatlah aku menghadirkan apa yang seadanya untuk mereka.
Pekerja-pekerja aku? mungkin merasa cuak dengan keadaan ini? Ya Allah, hanya kepadaMu ada memohon pertolongan dan hanya Engkaulah yang boleh membantuku.
Apakah begitu malap sekali hidup ini? Dugaan mendatang semakin tak tertanggung. Ya Allah berikanlah aku kekuatan.untuk menghadapi dugaan Mu.
Ya, Allah di bulan yang mulia ini yang penuh dengan keberkatan, Kau permudahkan lah segala urusan dunia dan akhiratku.
Ya Allah, berikan aku kejayaan dunia dan akhirat, kekayaan dunia dan akhirat, keimanan, ketaqwaan, keberkatan, dan kesihatan.
Alangkah baiknya sekiranya masa susah begini, ada insan yang sama sama berkongsi dan memahami dan sama sama memikirkan jalan yang terbaik untuk permasalahan ini.

Sunday, 5 August 2012
Sudah Setahun
Ramadan dah hampir melabuhkan tirainya, Aidil fitri bakal menjelma. Sudah setahun, blog ini berusia. Walaupun sekadar mencuri masa dan ketika untuk menulis, tapi blog ini lebih kepada medium luahan sendiri dan untuk diri sendiri.
Dalam waktu yang terbatas dan bukan layaknya menulis, tapi kepuasan melihat hasil yang serba kekurangan ini umpama melihat benih yang disemai mula berdaun. Tanpa baja dan berhatian yang khusus semestinya pokok yang terhasil agak terbantut tumbesarannya.
Ramadhan tahun ini cuba dilalui dengan keazaman untuk menjadikan, ramadhan ini yang lebih baik dari yang sebelumnya dan sudah tentu bukan lagi yang terbaik. Dalam menuju kearah pembaikan prestasi dalam menghadapi bulan yang indah yang penuh dengan keberkatan, kita menggarapkan usaha, agar ianya menjadi routine yang akan diteruskan dalam hari hari dan bulan bulan mendatang.
Perjalanan dalam bulan yang penuh rahmat ini, terasa cepat tapi mempunyai ruang yang terasa luas bagi kita beribadat. Dibulan lain terasa waktu begitu terbatas dan berlalu dengan pantas.
Apakah masih ada Ramadhan lagi?

Subscribe to:
Posts (Atom)
The Chosen Path
Dedication This wrinting is dedicated to my family that continuously pray for my well being and success. To my children that understand t...
-
Dedication This wrinting is dedicated to my family that continuously pray for my well being and success. To my children that understand t...
-
Rasulullah SAW membahagikan Ramadhan itu kepada tiga fasa Sebulan itu 30 hari. Rasulullah membahagikan Ramadhan itu kepada t...
-
Kiss The Ride with My Kawasa Fokus kali ini ada lah melefer..aku carik sendirik tempat untuk melefer dan main hentam jaaa. Selagi j...